12 December, 2013

Sistem Perniagaan Tanpa Kedai

Sistem perniagaan tanpa kedai… Ini yang menarik minat ramai  kerana  perniagaan berkonsepkan kedai di alam maya hanya mengeluarkan modal yang sedikit dan tanpa modal untuk membina dan menyewa ruang perniagaan.
Kenapa kita patut pilih konsep perniagaan tanpa kedai?
Pertama, sebab ia lebih mudah diuruskan jika nak di bandingkan dengan sistem yang perlu ada kedai. Lalu menerusi pembacaan dan pencarian menerusi laman carian google, maka ada beberapa konsep perniagaan yang menarik minat . Dibawah ialah 2 contoh perniagaan affiliate yang tanpa mengeluarkan modal cuma daftar secara percuma yang penting hanya promosi dan iklan supaya pengunjung datang ke portal kita.
1. Berniaga menerusi portal lazada Malaysia
2. Berniaga menerusi platform pengiklanan mudah.my
3. Berniaga menerusi platform netkl.com
Akhir kata, jika anda juga berminat nak wujudkan sistem perniagaan tanpa kedai anda, maka anda patut ketahui lubuk rahsia supplier yang boleh anda jadikan sumber untuk dapatkan produk untuk dijual.


27 January, 2013

Pelbagaikan Aset Simpanan Anda

Hanya Spekulasi atau Realiti.
Fikir-fikirkan, adakah bijak dengan hanya menyimpan "Wang Fiat"?
Pelbagaikan aset simpanan anda sebelum keseluruhannya dimamah kesan "Inflasi" . sumber from Fb TSMA Mukmin
 

Pembahagian Pelaburan Anda

Bentuk pelaburan mengikut nisbah risikonya.
Mengikut konsep “Diversify Fund Allocation” yang didedahkan oleh Robert T. kiyosaki, beliau membahagikan dana pelaburannya seperti berikut :
80% – Pelaburan fizikal Emas & Perak (Low Risk)
10% – Pelaburan dalam Saham (Medium Risk)
5% – Pelaburan dalam Stock, Komoditi, Futures (High Risk)
5% – Tunai dalam tangan

Terpulang kepada anda bagaimana anda menguruskannya tetapi jika anda mengurusnya mengikut prinsip yang betul + bijak, maka peluang untuk meraih keuntungan hasil dari pelaburan itu amat tinggi.

25 January, 2013

Kuasa Emas


Kuasa Emas:
Jika dilihat dari KUASA MEMBELI/KESAN INFLASI.
Katakan, pada tahun 2001, anda mempunyai RM30 000 dalam bentuk emas/dinar (hampir 1kg emas) dan RM30 000 dalam bentuk ringgit wang kertas fiat. Dengan nilai ringgit pada masa itu, anda boleh membeli sebuah kereta Proton Saga 1.5L.

Katakan disimpan hingga kini 2013, nilai emas anda telah mencecah RM176,000. Jika dinilaikan dengan harga Proton Saga BLM telah mencapai lima 5 buah gitu. Manakala nilai kereta Proton Saga tadi telah menjunam jatuh kepada RM7 000 sahaja.

Jadi di sini dapat disimpulkan bahawa emas memberi kuasa membeli yang tinggi, itulah jawapan kepada, "Adakah Emas Pelaburan yang Baik? Sangat mengagumkan bukan! - sumber - Fb TSMA Mukmin
 
 

24 January, 2013

Kuasa Emas Dunia

China kini mendahului India sebagai pengguna emas terbesar dunia dan telah menjadi kuasa belian dominan dalam pasaran emas pada tahun 2012 yang lepas.

Pegangan dollar yang semakin lemah dan denominasi dolar dalam instrumen hutang AS dimanfaatkan oleh China untuk emas, yang seterusnya meletakkan tekanan ke atas dolar AS. - fb TSMA Mukmin
Photo: China kini mendahului India sebagai pengguna emas terbesar dunia  dan telah menjadi kuasa belian dominan dalam pasaran emas pada tahun 2012 yang lepas.

Pegangan dollar yang semakin lemah dan denominasi dolar  dalam instrumen hutang AS dimanfaatkan oleh China untuk emas, yang seterusnya meletakkan tekanan ke atas dolar AS.