30 December, 2011

Petrosains Play Smart

Hujung minggu lepas anak2 ajak melawat ke Petrosains di bangunan Yayasan Pahang, di Tanjung Lumpur, Kuantan. Anak-anak begitu gembira sebab boleh mencuba berbagai ciptaan baru, hehe termasuklah AbgAji pun mencuba. Yang bestnya masuk percuma, jadi kos AbgAji dah jimat kat situ.














29 December, 2011

Ooooh Ini Rupanya Daun Ketum

Aduh dah lama AbgAji tak update blog ni, bukan takde cerita tapi entahlah kebelakangan ni rasa malas betul nak buat entry baru, harap kali ini ada kekuatan yang berterusan untuk update hehe.

Entry kali ni cuma nak cerita tentang daun ketum, Sebenarnya banyak khasiat dari daun ni tapi cuma budak-budak sekarang ni salah guna untuk khayal cara murah. Dengar cerita mereka ni rebus daun ni bersama macam bahan termasuklah ubat nyamuk(lingkaran yg berwarna hijau tu) untuk dapat hasil tahap maksima kot. Didebabkan penyalahgunaan ini maka pemprosesan air daun ketum ini dikategorikan sebayah satu jenayah pada hari ini.
Antara khasiat jika tak disalah guna ialah sebagai air pemberi tenaga, macam 100plus, redbul,livita dll. Air ketum ni juga boleh melegakan sakit perut. AbgAji tak tau kebenarannya wallahhuallam.


Ini rupa daun Ketum.