26 June, 2011

Musim Durian Dah Ke?

Eh! Musim durian dah ke? Biasanya bila nampak orang menjual durian digerai2 atau dipasar malam. Pada pandangan AbgAji, rasanya pada tahun 2011 ni durian dah tak bermusim sebabnya dari awal tahun sampai sekarang ada sahaja orang jual durian, cuma jumlahnya tak banyak dan harganya mahal.

Sebenarnya AbgAji tak berapa suka makan durian tapi suka dengan tempoyak, kalau makan nasi berlaukkan patin tempoyak mesti tambah nasi 2 kali, hehe bak kata pepatah "mak mentua lalu dibelakang gerenti tak nampak".

Semalam AbgAji AbgAji belilah durian di pasar malam, memulanya nak beli yang longgok RM10 sahaja tapi bila tengok selonggok cuma ada 4 biji kecil pulak tu, tak jadi belilah. So, AbgAji beli yang bertimbang RM6 sekilo dapatlah 3 biji yang besar. Hehe tempoyak durian mahal kali ni, tapi kalau orang bisnes tempoyak boleh kaya sebabnya harga tempoyak RM20 sekilo.

Cerita bab tempoyak ni bukan apa, sebenarnya AbgAji kalau nak makan masak tempoyak ni cerewet sedikit. AbgAji cuma makan tempoyak yang dibuat sendiri dan saudara mara serta kawan yang dikenali sahaja. Pulak tu di Kuantan ni tak ada restoran yang pandai masak tempoyak berbanding di Jerantut dan Temerloh.







Inilah hasilnya.

No comments: