23 June, 2011

Kami buat kesilapan besar, kata bos Lynas

Bos Lynas Nicholas Curtis mengaku bahawa syarikatnya telah membuat kesilapan kerana gagal memberi penjelasan secukupnya kepada penduduk di Kuantan berhubung kebimbangan mereka terhadap sisa radioaktif dari loji nadir bumi syarikat tersebut.
"Kami membuat satu kesilapan, dan ia satu kesilapan besar, kerana memikirkan, kerana kami telah menemui standard keselamatan) Malaysia, maka ianya sudah mencukupi. Di petik dari Malaysiakini.com

AbgAji - Kalau ikutkan ayatnya dia buat kita di Kuantan ni tak tau apa2 tentang bahaya radiasi .
Walaupun mereka menggunakan pelbagai cara untuk memberi penjelasan kami tidak mengalu-alukan LYNAS berada di Gebeng, Kuantan.
Masih ingat lagi pada permulaan Syarikat ini ingin di buka di Gebeng sekitar tahun 2008. Kumpulan pengurusannya di Kuantan bersama beberapa orang dari Jabatan Tenaga Atom Malaysia telah datang ke tempat kerja AbgAji untuk memberi taklimat tentang keselamatan loji mereka. Mereka datang sebab kawasan tempat kerja AbgAji bersebelahan dengan loji mereka.
Daripada taklimat ini mereka yakin loji mereka selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar sebab mereka telah melabur sebanyak lebih RM200 juta hanya untuk membina loji merawat sisa kilang mereka.
Tetapi cuba kita bayangkan jika >RM200 hanya untuk loji merawat sisa (waste treatment plant) fikirkanlah betapa bahayanya sisa yang tak dirawat atau jika loji itu gagal berfungsi dengan betul dan sisa yang tak dirawat tadi dengan tak sengaja dibuang. Rasanya semua yang ada di Gebeng akan tercemar dan penduduk mendapat risiko yang tinggi kepada bahaya radiasi ini, Hehe termasuklah penyokong kerajaan yang menyokong pembinaan loji Lynas ini.

5 comments:

Anak Ulu Cheka said...

iye la dah mengaku silap tapi projek tetap jalan jugak..apa ke hel nya tu

Nizam said...

Patut tutup je.Ande pun buat nyemok je...

BlogAbangAji said...

Auc - tulaaa dah ngaku silap tu minta maaf n dipersilakan keluar

Nizam - eh aok dah tuko nama yek, hehe bukan patut tutup tapi jgn buka kat Malaysia ni

CekWa said...

ayat orang mengayat org ter! Kesilapan konon!

BlogAbangAji said...

CekWa - hehe ya, betul tu