29 June, 2011

Bersih 2.0 - Betulkah Negara Akan Rugi RM1Billion?

Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini bakal menyebabkan negara kehilangan lebih RM1bilion daripada sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.- Malaysiakini

AbgAji - Benarkah ini akan terjadi? Entahlah betul atau tidak atau pun hanya satu alasan supaya orang tak join perhimpunan ini. Satu persoalan kenapa kerajaan seakan-akan takut dan gusar dengan perhimpunan Bersih 2.0 ini? Kata mereka yang menentang perhimpunan ini, peniaga akan rugi sebab perniagaan akan tutup tapi secara logiknya bila perhimpunan itu selesai rasanya pelanggan akan berlipat kali ganda, mustahil jika mereka yang hadir tu tak membeli belah, tak makan dan minum apabila selesai perhimpunan itu.

26 June, 2011

Kejutan dari Sang Jerung


Musim Durian Dah Ke?

Eh! Musim durian dah ke? Biasanya bila nampak orang menjual durian digerai2 atau dipasar malam. Pada pandangan AbgAji, rasanya pada tahun 2011 ni durian dah tak bermusim sebabnya dari awal tahun sampai sekarang ada sahaja orang jual durian, cuma jumlahnya tak banyak dan harganya mahal.

Sebenarnya AbgAji tak berapa suka makan durian tapi suka dengan tempoyak, kalau makan nasi berlaukkan patin tempoyak mesti tambah nasi 2 kali, hehe bak kata pepatah "mak mentua lalu dibelakang gerenti tak nampak".

Semalam AbgAji AbgAji belilah durian di pasar malam, memulanya nak beli yang longgok RM10 sahaja tapi bila tengok selonggok cuma ada 4 biji kecil pulak tu, tak jadi belilah. So, AbgAji beli yang bertimbang RM6 sekilo dapatlah 3 biji yang besar. Hehe tempoyak durian mahal kali ni, tapi kalau orang bisnes tempoyak boleh kaya sebabnya harga tempoyak RM20 sekilo.

Cerita bab tempoyak ni bukan apa, sebenarnya AbgAji kalau nak makan masak tempoyak ni cerewet sedikit. AbgAji cuma makan tempoyak yang dibuat sendiri dan saudara mara serta kawan yang dikenali sahaja. Pulak tu di Kuantan ni tak ada restoran yang pandai masak tempoyak berbanding di Jerantut dan Temerloh.







Inilah hasilnya.

23 June, 2011

Kami buat kesilapan besar, kata bos Lynas

Bos Lynas Nicholas Curtis mengaku bahawa syarikatnya telah membuat kesilapan kerana gagal memberi penjelasan secukupnya kepada penduduk di Kuantan berhubung kebimbangan mereka terhadap sisa radioaktif dari loji nadir bumi syarikat tersebut.
"Kami membuat satu kesilapan, dan ia satu kesilapan besar, kerana memikirkan, kerana kami telah menemui standard keselamatan) Malaysia, maka ianya sudah mencukupi. Di petik dari Malaysiakini.com

AbgAji - Kalau ikutkan ayatnya dia buat kita di Kuantan ni tak tau apa2 tentang bahaya radiasi .
Walaupun mereka menggunakan pelbagai cara untuk memberi penjelasan kami tidak mengalu-alukan LYNAS berada di Gebeng, Kuantan.
Masih ingat lagi pada permulaan Syarikat ini ingin di buka di Gebeng sekitar tahun 2008. Kumpulan pengurusannya di Kuantan bersama beberapa orang dari Jabatan Tenaga Atom Malaysia telah datang ke tempat kerja AbgAji untuk memberi taklimat tentang keselamatan loji mereka. Mereka datang sebab kawasan tempat kerja AbgAji bersebelahan dengan loji mereka.
Daripada taklimat ini mereka yakin loji mereka selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar sebab mereka telah melabur sebanyak lebih RM200 juta hanya untuk membina loji merawat sisa kilang mereka.
Tetapi cuba kita bayangkan jika >RM200 hanya untuk loji merawat sisa (waste treatment plant) fikirkanlah betapa bahayanya sisa yang tak dirawat atau jika loji itu gagal berfungsi dengan betul dan sisa yang tak dirawat tadi dengan tak sengaja dibuang. Rasanya semua yang ada di Gebeng akan tercemar dan penduduk mendapat risiko yang tinggi kepada bahaya radiasi ini, Hehe termasuklah penyokong kerajaan yang menyokong pembinaan loji Lynas ini.

05 June, 2011

Seminggu Bercuti Di Kampung - 5

"On the way" balik ke kuantan singgah mandi-manda di Taman Rekreasi Pulau Chekas, Ulu Dong, Raub.










Seminggu Bercuti Di Kampung - 4

Makan malam hehe ada org belanja di Pizza Hut. Cik Nora, terima kasih daun keladi.



Waktu jalan-jalan di Pekan Pdg Besar.



Seminggu Bercuti Di Kampung - 3




Seminggu Bercuti Di Kampung - 2



Seminggu Bercuti Di Kampung - 1

Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung.



Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi.


Perdu buluh(baka rebung madu) yang baru ditanam.