26 May, 2011

Standard Piawaian di Negara Kita Oleh SIRIM

Aduhhhh!! Bosannya bila berurusan dengan sebuah jabatan yang menguruskan kalibrasi (calibration) untuk peralatan dalam Makmal ni. Minggu lepas AbgAji talipon utk menanyakan status kalibrasi satu peralatan makmal dah siap atau belum. Sebab tak puas hati dengan servisnya AbgAji nak cerita sikit camana perbualan dengan staf kat situ

AbaAji : Hello, boleh becakap dengan Cik A.

Staf : Cik A, takde ditempatnya, boleh En. boleh call semula?

AbgAji : Maaf saya panggil dari WR grace Kuantan, untuk tanya status "calibration" hidrometer saya hantar dulu.

Staf : OK, saya boleh tolong check utk En. boleh beri "job no."

AbgAji : Maaf saya masih tak dapat "job no." lagipun masa saya hantar dulu tiada seorang pun yang beri "acknowledgement" kpd saya.

Staf : OK, beri semula nama syarikat.

AbgAji : W R Grace Kuantan.

Staf: OK, encik "job no." encik 1107xxx, status masih belum siap.

AbgAji : Agaknya bila boleh siap? Dan berapa lama ambil masa utk siap?

Staf : tak tau lagi sebab kerja tak mula lagi ni, biasa jangkamasa tu dalam 21 hari.

AbgAji : Tapi saya hantar dah lama tuu ...

Staf : Mana ada! Kami terima 12/04 baru lagi! (nada kasar sedikit)

AbgAji : Cik, maaf ya sekarang dah 10/05 dah lebih 21 hari ni... macamana/

Staff : Owh... ya ke? Nanti saya cuba "arrange" utk cepat kan.

AbgAji : OK, terima kasih harap beri "priority" utk alatan saya ni ya.

Staf : Ya, saya akan cuba.

Hari ini dah lebih kurang 2 minggu AbgAji telefon semula lain pulak ceritanya;

AbgAji : Hello, boleh bercakap dengan Cik A?

Staf : Maaf Cik A, takda ditempatnya.

AbgAji : Boleh saya cakap dengan pembantu dia/

Staf : Maaf semua orang masih takde, masih belum masuk

AbgAji : Ya ke???? Masa rehat sampai pukul berapa?

Staf : Pukul 2.00 ptg

AbgAji : Sekarang dah pukul 2.10 ptg, tapi masih tiada orang bila agaknya semua org masuk? Atau Cik boleh bantu saya utk check status kalibrasi saya?

Staff : Saya tak boleh "check" sebab saya cuma operator telefon saja, encik "call semula dalam masa 30 minit lagi.

AbgAji : Alamak! lamanya diorang rehat ya?

Staf : Tak kisahlaa berapa lama! tapi encik kena panggil semula, terimakasih! (dengan nada sedikit kasar mungkin marah dengan sindiran AbgAji tadi)


AbgAji - inilah standard pekerja jabatan ini, rasanya pekerja ini tak layak utk bekerja jabatan yang menjaga standard piawaian antarabangsa bagi negara kita. Kalau macam ni hanya gah pada nama sahaja tapi tiada kualiti.

3 comments:

Anak Ulu Cheka said...

cari jabatan lain abgaji
kalu gitu gayanya
buat sakit kapla je

Jejaka Desa said...

Patut buang pekerje gini.Nyusohkan orang je...

BlogAbangAji said...

Auc - sebabnya dah takde jabatan lain yg boleh calibrate alat tu hehe.
JD - sepatutnya gitulaaa