26 May, 2011

Standard Piawaian di Negara Kita Oleh SIRIM

Aduhhhh!! Bosannya bila berurusan dengan sebuah jabatan yang menguruskan kalibrasi (calibration) untuk peralatan dalam Makmal ni. Minggu lepas AbgAji talipon utk menanyakan status kalibrasi satu peralatan makmal dah siap atau belum. Sebab tak puas hati dengan servisnya AbgAji nak cerita sikit camana perbualan dengan staf kat situ

AbaAji : Hello, boleh becakap dengan Cik A.

Staf : Cik A, takde ditempatnya, boleh En. boleh call semula?

AbgAji : Maaf saya panggil dari WR grace Kuantan, untuk tanya status "calibration" hidrometer saya hantar dulu.

Staf : OK, saya boleh tolong check utk En. boleh beri "job no."

AbgAji : Maaf saya masih tak dapat "job no." lagipun masa saya hantar dulu tiada seorang pun yang beri "acknowledgement" kpd saya.

Staf : OK, beri semula nama syarikat.

AbgAji : W R Grace Kuantan.

Staf: OK, encik "job no." encik 1107xxx, status masih belum siap.

AbgAji : Agaknya bila boleh siap? Dan berapa lama ambil masa utk siap?

Staf : tak tau lagi sebab kerja tak mula lagi ni, biasa jangkamasa tu dalam 21 hari.

AbgAji : Tapi saya hantar dah lama tuu ...

Staf : Mana ada! Kami terima 12/04 baru lagi! (nada kasar sedikit)

AbgAji : Cik, maaf ya sekarang dah 10/05 dah lebih 21 hari ni... macamana/

Staff : Owh... ya ke? Nanti saya cuba "arrange" utk cepat kan.

AbgAji : OK, terima kasih harap beri "priority" utk alatan saya ni ya.

Staf : Ya, saya akan cuba.

Hari ini dah lebih kurang 2 minggu AbgAji telefon semula lain pulak ceritanya;

AbgAji : Hello, boleh bercakap dengan Cik A?

Staf : Maaf Cik A, takda ditempatnya.

AbgAji : Boleh saya cakap dengan pembantu dia/

Staf : Maaf semua orang masih takde, masih belum masuk

AbgAji : Ya ke???? Masa rehat sampai pukul berapa?

Staf : Pukul 2.00 ptg

AbgAji : Sekarang dah pukul 2.10 ptg, tapi masih tiada orang bila agaknya semua org masuk? Atau Cik boleh bantu saya utk check status kalibrasi saya?

Staff : Saya tak boleh "check" sebab saya cuma operator telefon saja, encik "call semula dalam masa 30 minit lagi.

AbgAji : Alamak! lamanya diorang rehat ya?

Staf : Tak kisahlaa berapa lama! tapi encik kena panggil semula, terimakasih! (dengan nada sedikit kasar mungkin marah dengan sindiran AbgAji tadi)


AbgAji - inilah standard pekerja jabatan ini, rasanya pekerja ini tak layak utk bekerja jabatan yang menjaga standard piawaian antarabangsa bagi negara kita. Kalau macam ni hanya gah pada nama sahaja tapi tiada kualiti.

19 May, 2011

Kisah Hantu Yang Tak Seram

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.

Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

“Apsal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.

“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”

“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”

“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..

Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi...



AbgAji - saja2 nak kongsi kisah ini, yg dikirim melalui emel oleh seorang sahabat bukan cerita asal dari AbgAji.

Rumah Sampah


Hehe AbgAji ternampak masa singgah disebuah stesen minyak semalam, tak tau apa gunanya rumah ini untuk buang sampah ke atau untuk simpan sampah. Ataupun rumah itu sendiri yang menjadi sampah.

08 May, 2011

Sekitar Family day WR Grace 06 & 07/05/2011 @ Awana Kijal

Assalamualaikum, minta maaf kawan semua, lama Abgaji tak update blog ni, hehe saja jer entah ngapa takde mood jer bila ngadap laptop ni. Lagi pun rasa cam nak relax jer. Ini pun masih tak habis penat lagi, baru balik dari hari keluarga company AbgAji