12 April, 2011

Hidangan Patin RM13,000.00

Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000. Jika diikutkan harga pasaran ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya. Manakala Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul. AbgAji angggarkan kos makan untuk seorang RM260 dalam 7 - 8 ketul ikan seorang. Rasanya harga ini memang tak patut. Kalau tengah takde duit habis bergolok gadai nak membayar makan. Moralnya kena tanya harga sebelum makan jangan main bedal jer hehe.