14 March, 2011

Beginikah kita menunjukkan Simpati?

AbgAji pun rasa tak puas hati juga dengan BH ni. Orang luar akan mengatakan "ooo beginikah orang Malaysia? Sepatutnya rasa simpati melebihi daripada gurauan. Rasa malu mendengar selalu menteri2 kita dengan gah mengatakan rakyat Malaysia bersopan santun dan sebagainya. Walaubagaimana pun BH dan pelukis Zoy sendiri telah meminta maaf atas penyiaran kartun ini . Gambar dari Malaysiakini


AbgAji - Hati yang terguris pasti ada parutnya.


Kekadang kita rasa dah terlalu berat Allah menduga kita tetapi bila kita lihat orang lain lebih berat, AbgAji bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah yang kita kecapi di bumi Malaysia.

Sekitar Hari Keluarga Taman Balok Perdana Fasa II

Alhamdulillah berjaya juga kami penduduk Taman Balok Perdana Fasa II menganjurkan Hari Keluarga buat pertama kali setelah sekian lama kami tinggal di Taman ini. Ucapan syabas dan tahniah kepada pengerusi dan jawatankuasa sambutan diatas kejayaan hari keluarga.















Ini rupa AbgAji selepas (make up) disapu dengan tepung, haha seronok dapat hadiah cabutan bertuah tapi selepas tu semua yang dapat tu kena masuk acara yg dinamakan "belaian kasih" .

08 March, 2011

Siapakah Kita

Sama-samalah kita menghayati...

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

AbgAji - Kekadang mudah lupa juga, tapi bukan "Melayu Mudah Lupa" seperti buku Dr. M tu hehe. Terima kasih kepada sahabat AbgAji saudara Mat Rani kerana menghantar emel ini.