17 February, 2011

Sesat Dalam Rumah

Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan kejadian aneh menimpa seorang lelaki berusia 27 tahun yang gagal mencari jalan keluar selepas memecah masuk sebuah rumah di Kepong, di sini, Isnin lalu.

Apa yang menghairankan, suspek dilaporkan berpusing-pusing dalam rumah berkenaan hampir sejam selepas mencuri beberapa barangan berharga namun gagal menemui pintu keluar menyebabkan dia ‘terperangkap’ dalam rumah berkenaan.

Bertambah malang, apabila suspek akhirnya dicekup pihak berkuasa kira-kira jam 5 petang selepas kehadirannya disedari pemilik rumah berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia lingkungan 20-an yang baru pulang ke rumah itu. Utk cerita penuh terus dari sumber klik disini

AbgAji - memang hebat kuasa Allah, kalau dia nak membalas perbuatan kawasan yang sempit pun tak boleh keluar. Bayangkan kalau sesat dalam rumah sendiri macammana ya?

6 comments:

CekWa said...

kes naya klu sesat dlm umh sndiri

BlogAbangAji said...

Cikwa - kena cepat2 jumpa doktor

Azizah a.k.a N.a.z said...

oh Abg Aji..sy dtg n follow..
nak komen juga..

kejadian mcm ni pernah berlaku pd family sy thn 1990..pencuri masuk umah kami tp x dpt kluar sbb x jumpa pintu..akhirnye ditangkap polis.. itu la balasan sbb mencuri..mencuri kat umah org susah plak tu..Maha Besar kuasa Allah..

BlogAbangAji said...

Cik Azizah, betul tu, dorang dapat balasan on the spot

Vale said...

tuan rumah tu pasang pendinding kot...

BlogAbangAji said...

Vale- rumah saya pun ada pendinding juga, hehe dengan simenlaa