24 February, 2011

Bongkah Aisberg Runtuh Seberat 30 Juta Tan

Satu bongkah aisberg runtuh dari glasier New Zealand beberapa minit selepas gempa bumi 6.3 magnitud pada Rabu lepas. Runtuhan ini mengegarkan South Island dan mengakibatkan ombak setinggi 3 meter yang menggongcang dua bot pelancongan di tasik pada masa itu. - dipetik dari yahoo news.


AbgAji - Teringat cerita Titanic yang karam disebabkan terlanggar aisberg dan satu teori penyelesaian masalah "prinsip aisberg" kalau tak silap. Kebanyakan kita cuma selesaikan masalah yang kita nampak untuk jangka masa pendek. Tetapi bila kita selidik rupanya masih banyak masalah yang tersembunyi. Seperti kita lihat dari gambar (hehe AbgAji tak pernah lihat aisberg yang real) bahagian atas aisberg ni taklah besar sangat berbanding bahagian yg tenggelam yang berpuluh kali ganda besarnya.

20 February, 2011

Contest Review Blog Kak Ina Kl Dot Com

Petang ni AbgAji blog walking saja2 meluangkan masa yang lapang(hehe sebenarnya membuang masa kot) tertarik dengan satu blog kak ina "Blog Kak Ina Kl Dot Com" walau pun baru 1st time surf blog Kak Ina ni berminat pulak nak sertai contest dia, sebab syarat2nya mudah seperti bawah ni;

Yang layak ialah rakyat Malaysia dan mesti mempunyai blog.Apa yang perlu dilakukan? Mudah sahaja.
Syarat-syaratnya
1. Buat satu N3 tentang/review blog akak. Macam apa yang tak perlu di kekalkan dan perlu di buang kat blog ini. Bukan cerita mengenai akak tau.

Tajuk mestilah sama macam tajuk diatas. Bagilah pendapat yang bernas yer.

2. Sila salin dan tampal ayat di bawah dalam satu entri di blog anda. Nak letak gambar tu boleh, tak nak letak pun boleh. Suka hatilah labu.

kakinakl.com sedang mengadakan contest. Jomlah join...hadiah menarik menanti anda.

3. Setelah siap sila tinggalkan link N3 anda di dalam ruangan komen sebagai penyertaan. Kalau tak tinggalkan link akak tak kira yer.

4. Seorang pemenang hanya layak menang satu kali sahaja.
Contest ini bermula daripada sekarang dan akan berakhir pada 20hb. Febuari 2011 pada pukul 11.59 malam. Penyertaan yang dihantar selepas itu tidak layak untuk diadili.
Pemenang di pilih berdasarkan pendapat yang bernas dan original (tak copy cat yer)

OK yang pertama sekali AbgAji kata blog Kak ina ini sudah cukup menarik tapi kerana nak masuk contest ni terpaksa AbgAji memberi saranan.

1. Kak Ina kena buang Blogger sign in kat atas header blog Kak Ini, ini kerana kak Ina dah ada domain dot com sendiri, lebih nampak bergaya.


2. Sekarang ni "post entry" di blog Kak Ina cuma dua entry, Kak Ina kena tambah supaya ia nampak seimbang dengan "side widget" di blognya.

Hehe cuma dua sahaja yang AbgAji yang dapat sarankan, dan yang lain2 tu biar rakan blogger yang lain berikan. Secara keseluruhan memang Blog Kak Ina Kl ini menarik minat ramai.

JANGAN GUNA PERKATAAN "SALAM"

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum
” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

AbgAji - selalu juga guna perkataan salam, sekarang mesti kena tukar kpd AsSalam .

17 February, 2011

Sesat Dalam Rumah

Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan kejadian aneh menimpa seorang lelaki berusia 27 tahun yang gagal mencari jalan keluar selepas memecah masuk sebuah rumah di Kepong, di sini, Isnin lalu.

Apa yang menghairankan, suspek dilaporkan berpusing-pusing dalam rumah berkenaan hampir sejam selepas mencuri beberapa barangan berharga namun gagal menemui pintu keluar menyebabkan dia ‘terperangkap’ dalam rumah berkenaan.

Bertambah malang, apabila suspek akhirnya dicekup pihak berkuasa kira-kira jam 5 petang selepas kehadirannya disedari pemilik rumah berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia lingkungan 20-an yang baru pulang ke rumah itu. Utk cerita penuh terus dari sumber klik disini

AbgAji - memang hebat kuasa Allah, kalau dia nak membalas perbuatan kawasan yang sempit pun tak boleh keluar. Bayangkan kalau sesat dalam rumah sendiri macammana ya?

10 February, 2011

Penting!! Adakah Anda Lelaki atau Perempuan??

SEMUA ORANG MESTI CUBA!!!! Ini satu "TEST" yang penting !! Adakah anda benar-benar seorang lelaki atau perempuan? Untuk mengetahui jawapannya, sila lihat kebawah....


BUKAN DISINI..... SAYA CAKAP PANDANG KE BAWAH.... BUKAN SCROLL KEBAWAH...

AbgAji minta maaf haha pekena kat korang, sebenarnya AbgAji pun terkena jugak hahaha!

06 February, 2011

Teori Linguistik

Hari ni isteri AbgAji minta tolong cari bahan utk "assigment" subjek ligguistik. Lama juga "mengsearch" guna pakcil gugel macam2 bahan dapat. maka hari ni dapat juga ilmu sikit2, dan tau nama ahli2 linguistik seperti Ferdinand De Saussure, Leornard Bloomfield.

AbgAji juga baru tau prinsip2 linguistik seperti morfologi, fonologi dan sintaksis. Hehe pening juga nak mendapat dan memahami bidang linguistik ni, maklumlah AbgAji ni kerja dalam bidang sains bak kata satu iklan di TV tu "beza memang berbeza". Emmm nasib baik aada pakcik gugel senang juga cari bahan klau macm dulu2 kena berkampung kat "library" laaa jawapnya.