19 January, 2011

"Berpesta" Memungut Syiling



SEREMBAN: Menyedihkan apabila pengguna jalan raya seolah-olah ‘berpesta’ memungut syiling yang bertaburan di lebuh raya selepas kenderaan membawa wang itu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pengguna jalan raya termasuk wanita bagaikan tidak mempedulikan anggota polis dan petugas lebuh raya yang turut berada di lokasi kejadian. - Hmetro




AbangAji - emm alahai apa nak jadi dengan orang2 di negara kita ni, adakah ini desakan dari harga barang yang makin lama makin naik sehingga kehilangan moral dan etika. Dah jadi macam hilang akal dah.

No comments: