12 January, 2011

Anugerah Juara Lagu 25

Pemenang Anugerah Juara Lagu 25Juara AJL25


Hehehe AbgAji dah ketinggalan dalam bab ni, tup tup ada juara lagu laa pulak. Rasa-rasanya dah lama betul tak nengok AJL ni, sampai artis2 yg menang pun dah tak kenal. Seingat -ingat AbgAji last nengok Ajl ni masa Ajai dan pasangannya jadi juara. haha dah lama betul tak ikut perkembangan ni.

Antara pemenang Anugerah Juara Lagu 25
- Juara AJL25 - Tolong Ingatkan Aku - nyanyian Ana Raffali
-Naib Juara AJL25 - Drama King - nyanyian Meet Uncle Hussein & Black
-Tempat Ketiga AJL25 - Noktah Cinta - nyanyian Hafiz
-Persembahan Terbaik - Hanyut (Faizal Tahir)
-Vokal Terbaik - Hafiz (Noktah Cinta)

AbangAji tertarik utk buat N3 ni bukan apa sebab selepas juara diumumkan ada dengar banyak keluhan yang tak puas hati didengar daripada peminat dan artis lain yang turut sama menyaksikan. Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) lepas, seakan-akan tidak percaya keputusan yang diumumkan. Malah menurut seorang kawan AbangAji yang minat sangat dgn juara lagu ni ada penonton bertindak meninggalkan stadium ketika nama Ana Raffali diumumkan sebagai Juara Lagu 25. Buat pertama kalinya pemenang di booo penonton. Biasanya peminat pasti akan menunggu untuk dengar si juara membuat persembahan semula. Oleh kerana tak menonton AbangAji tak tahu kebenarannya betul atau tidak. Apa2 pun tahniah kpd pemenang AJL 25.

No comments: