23 January, 2011

22/01/11 Alahai Sesekali berbelanja Untuk Kereta

Hari ni Mula-mula AbangAji cuma bercadang nak tukar tayar aja, tapi apabila sampai kat kedai tayar tu, pekerja tu bagi tau semua kempat-empat rim, bemuanya bengkok, kos repair rm50 sebiji so empat biji rm200. Try "negotiate" dengan tokey, tak boleh kurang dia kata tapi dia offer tambah rm100 lagi dapat rim yang "recond".

AbangAji pun kata jadilaa tu haa kat bawah tu beli rim macam yang baru. Lepas tu bila nak pasang tayar pekerja kedai tu cakap semua brek "pad" pun semua kena tukar juga. Pergh parah kali ni, mungkin over bajet ni, dahlaa tengah bulan, nak tak nak kena tukar juga demi keselamatan kita.
AbgAji ingatkan dah habis dah tapi bila pekerja tu test "on the road" dia kata ada bunyi "screet"di brek belakang. buka pulak tayar dan buat "skim brake disc" kata nya dah tak rata disebabkan oleh brek "pad" yang lama. So kena tambah lagi bajet RM70 utk 2 biji.








Aduh oleh kerana banyak menda yang di baikinya pukul 1.30 tengahari baru siap. Dah siap tu tengok bill macam2 ada, tayar, rim, upah, brek "pad", "alligment", "balancing" dah syak dah ini mesti over bajet. Tapi takpelah untuk keselamatan dan keselesaan semasa memandu.

No comments: