25 January, 2011

Hati-hati Penipuan SMS

Hari ni AbangAji dapat satu sms dibawah tu dari no. hp 0178372564. terkejut sekejap hehe dalam hati bila ayah AbangAji pergi balai polis. Hehe Ayah AbangAji dah lama meninggal.

"Ni ayah guna fon polis, tlong bg credit maxis RM50 ke nombor baru ayah 0128113475 Ayah lagi ada masalah kat balai polis. Ta payah call. Sekejap baru ayah call."

Kepada semua sahabat jangan mudah tertipu dengan sms macam ni. Sekarang macam-macam penipuan menggunakan sms. Kalau perlu siasat dulu kebenarannya dengan saudara terdekat lain.

23 January, 2011

22/01/11 Restoran D'Osis

Hehe Pagi sampai petang dah duduk kat kedai tayar, sebelah malam pulak anak2 ajak makan kat luar pulak, kali ni dorang mintak nak makan "Western food" pulak katanya. Cari punya cari teringat kat restoran D'Osis di "Malay Town" Kuantan, tempat ni selalu lepak dengan saudara Mitos "Anak Ulu Cheka" . Ok juga restoran ni. selesa.

Bilalaa "chicken chop" ni nak sampai? Lapar dah niiii

"Lamb chop" kakak nanti tak nak bagi Ikhwan rasa hehe.

Peace

Alhamdullilah hilang dahaga.



22/01/11 Alahai Sesekali berbelanja Untuk Kereta

Hari ni Mula-mula AbangAji cuma bercadang nak tukar tayar aja, tapi apabila sampai kat kedai tayar tu, pekerja tu bagi tau semua kempat-empat rim, bemuanya bengkok, kos repair rm50 sebiji so empat biji rm200. Try "negotiate" dengan tokey, tak boleh kurang dia kata tapi dia offer tambah rm100 lagi dapat rim yang "recond".

AbangAji pun kata jadilaa tu haa kat bawah tu beli rim macam yang baru. Lepas tu bila nak pasang tayar pekerja kedai tu cakap semua brek "pad" pun semua kena tukar juga. Pergh parah kali ni, mungkin over bajet ni, dahlaa tengah bulan, nak tak nak kena tukar juga demi keselamatan kita.
AbgAji ingatkan dah habis dah tapi bila pekerja tu test "on the road" dia kata ada bunyi "screet"di brek belakang. buka pulak tayar dan buat "skim brake disc" kata nya dah tak rata disebabkan oleh brek "pad" yang lama. So kena tambah lagi bajet RM70 utk 2 biji.








Aduh oleh kerana banyak menda yang di baikinya pukul 1.30 tengahari baru siap. Dah siap tu tengok bill macam2 ada, tayar, rim, upah, brek "pad", "alligment", "balancing" dah syak dah ini mesti over bajet. Tapi takpelah untuk keselamatan dan keselesaan semasa memandu.

19 January, 2011

"Berpesta" Memungut Syiling



SEREMBAN: Menyedihkan apabila pengguna jalan raya seolah-olah ‘berpesta’ memungut syiling yang bertaburan di lebuh raya selepas kenderaan membawa wang itu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pengguna jalan raya termasuk wanita bagaikan tidak mempedulikan anggota polis dan petugas lebuh raya yang turut berada di lokasi kejadian. - Hmetro




AbangAji - emm alahai apa nak jadi dengan orang2 di negara kita ni, adakah ini desakan dari harga barang yang makin lama makin naik sehingga kehilangan moral dan etika. Dah jadi macam hilang akal dah.

12 January, 2011

Anugerah Juara Lagu 25

Pemenang Anugerah Juara Lagu 25Juara AJL25


Hehehe AbgAji dah ketinggalan dalam bab ni, tup tup ada juara lagu laa pulak. Rasa-rasanya dah lama betul tak nengok AJL ni, sampai artis2 yg menang pun dah tak kenal. Seingat -ingat AbgAji last nengok Ajl ni masa Ajai dan pasangannya jadi juara. haha dah lama betul tak ikut perkembangan ni.

Antara pemenang Anugerah Juara Lagu 25
- Juara AJL25 - Tolong Ingatkan Aku - nyanyian Ana Raffali
-Naib Juara AJL25 - Drama King - nyanyian Meet Uncle Hussein & Black
-Tempat Ketiga AJL25 - Noktah Cinta - nyanyian Hafiz
-Persembahan Terbaik - Hanyut (Faizal Tahir)
-Vokal Terbaik - Hafiz (Noktah Cinta)

AbangAji tertarik utk buat N3 ni bukan apa sebab selepas juara diumumkan ada dengar banyak keluhan yang tak puas hati didengar daripada peminat dan artis lain yang turut sama menyaksikan. Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) lepas, seakan-akan tidak percaya keputusan yang diumumkan. Malah menurut seorang kawan AbangAji yang minat sangat dgn juara lagu ni ada penonton bertindak meninggalkan stadium ketika nama Ana Raffali diumumkan sebagai Juara Lagu 25. Buat pertama kalinya pemenang di booo penonton. Biasanya peminat pasti akan menunggu untuk dengar si juara membuat persembahan semula. Oleh kerana tak menonton AbangAji tak tahu kebenarannya betul atau tidak. Apa2 pun tahniah kpd pemenang AJL 25.

10 January, 2011

Potong Rambut Atau Tebas Rambut

Di Liang Qi, Kampong Dong (bukan Kg Dong, di Raub, pahang haha) atau di Tenggara DongZhai China. Tukang gunting disini menggunakan sabit untuk memotong rambut. Jom lihat gambar dibawah, sekali tengok menakutkan silap-silap putus telinga hehe. Menurut mereka ini adalah cara tradisi memotong rambut.