30 December, 2011

Petrosains Play Smart

Hujung minggu lepas anak2 ajak melawat ke Petrosains di bangunan Yayasan Pahang, di Tanjung Lumpur, Kuantan. Anak-anak begitu gembira sebab boleh mencuba berbagai ciptaan baru, hehe termasuklah AbgAji pun mencuba. Yang bestnya masuk percuma, jadi kos AbgAji dah jimat kat situ.














29 December, 2011

Ooooh Ini Rupanya Daun Ketum

Aduh dah lama AbgAji tak update blog ni, bukan takde cerita tapi entahlah kebelakangan ni rasa malas betul nak buat entry baru, harap kali ini ada kekuatan yang berterusan untuk update hehe.

Entry kali ni cuma nak cerita tentang daun ketum, Sebenarnya banyak khasiat dari daun ni tapi cuma budak-budak sekarang ni salah guna untuk khayal cara murah. Dengar cerita mereka ni rebus daun ni bersama macam bahan termasuklah ubat nyamuk(lingkaran yg berwarna hijau tu) untuk dapat hasil tahap maksima kot. Didebabkan penyalahgunaan ini maka pemprosesan air daun ketum ini dikategorikan sebayah satu jenayah pada hari ini.
Antara khasiat jika tak disalah guna ialah sebagai air pemberi tenaga, macam 100plus, redbul,livita dll. Air ketum ni juga boleh melegakan sakit perut. AbgAji tak tau kebenarannya wallahhuallam.


Ini rupa daun Ketum.

10 November, 2011

Adword Credit Percuma Dari Pakcik Googel

Assalammualaikum kpd semua pengunjung blog AbgAji. Hahaha Dah lama tak update blog ni, bukan apa lepas Raya puasa hari tu AbgAji memang malas nak layan blog ni. Tetapi hari ni rasa semangat sebab dapat hadiah dari pakcik gugel kita. AbgAji dapat dua keping offer utk "free advertising" yang bernilai RM400.00 . Tapi masalahnya sekarang ni AbgAji dah tak buat iklan di Adwords so kalau ada sesapa nak kupon ini just tinggal message kat blog AbgAji. sesiapa cepat dia dapat.


2 keping kopun Google Adwords.

28 August, 2011

"Last Minutes Shopping" Raya

Semalam AbgAji pergi ke bandar Kuantan utk "shopping" baju raya. Mula-mula cadang nak pakai yang tahun lepas sahaja tapi isteri AbgAji suruh juga beli baru. Katanya Raya setahun sekali lagipun tak "best" kalau pakai baju lama.
So AbgAji pergilah... Sampai di bandar Kuantan punyalah teruk "traffic jam" semua tempat penuh sesak sampai parking semua penuh. Akhirnya AbgAji "decide" cancel siang tu dan pergi malam. Hahaha dalam pukul 8.00 malam AbgAji turun semula ke bandar Kuantan, sampai sahaja terkejut sebab orang ramai penuh sesak dan "traffic jam" tersangat teruk. Ingatkan sebelah malam kurang sesak tapi lagi teruk sampai tak tau mana nak parking kerete. Akhirnya dapatlah parkir di belakang Stadium. Puhhh lega dapat juga baju raya baru hehe.

23 August, 2011

Jenis Kuih

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat blogger dan pengungjung blog ini dari AbgAji Sekeluarga.


Kuih paling gangster= Lompat Tikam



Kuih paling sexy= Puteri Mandi



Kuih paling keji= Taik Itik




Kuih bajet cute= Cek Mek Molek




Kuih untuk awet muda= Seri Muka




Kuih paling alim= Kuih Ketayap




Kuih suka pukul= Kuih Lompang




Kuih dalam zoo= Badak Berendam


Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit


Kuih yang paling kuat bau = Kuih baulu



Kuih paling tenteram= Kuih Makmur



Kuih paling lambat siap = Kuih Siput



Kuih paling sedap = kuih free


Sumber emel dari sahabat AbgAji


19 July, 2011

Maksud Asal Nama Kereta, Betul Ke?

BMW: Brings Me Women.

LEXUS: Luxury EXports to United States .

FIAT: Failure in Italian Automotive Technology.

FORD: For Only Romantic Drivers

HYUNDAI: Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive.

VOLVO: Very Odd Looking Vehicular Object.

PORSCHE: Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything.

KIA: Kills In Accidents

OPEL: Old People Enjoying Life

TOYOTA : The One You Only Trust, Always

PROTON: Powerwindow Rosak Oooh Tidaaaakkkk Ohhhh Noooooo!

Hehe AbgAji just copy jer, tapi dah lama dah tak ingat kat mana. Yang tak bestnya AbgAji pakai kereta KIA maksudnya sungguh dahsyatnya.

04 July, 2011

Pasar Malam Bandar Jengka

video
Kehebatan penjual ikan Patin menyiang dan memotong ikan di Bandar Jengka.
Semalam AbgAji Singgah di pasar malam Bandar Jengka atau sekarang dah tukar jadi Bandar Tun Razak dulu popular dengan nama Bandar Pusat Jengka. Sampai sekarang ni nama ini masih digunakan lagi walaupun telah dua kali ditukar nama.

29 June, 2011

Bersih 2.0 - Betulkah Negara Akan Rugi RM1Billion?

Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini bakal menyebabkan negara kehilangan lebih RM1bilion daripada sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.- Malaysiakini

AbgAji - Benarkah ini akan terjadi? Entahlah betul atau tidak atau pun hanya satu alasan supaya orang tak join perhimpunan ini. Satu persoalan kenapa kerajaan seakan-akan takut dan gusar dengan perhimpunan Bersih 2.0 ini? Kata mereka yang menentang perhimpunan ini, peniaga akan rugi sebab perniagaan akan tutup tapi secara logiknya bila perhimpunan itu selesai rasanya pelanggan akan berlipat kali ganda, mustahil jika mereka yang hadir tu tak membeli belah, tak makan dan minum apabila selesai perhimpunan itu.

26 June, 2011

Kejutan dari Sang Jerung


Musim Durian Dah Ke?

Eh! Musim durian dah ke? Biasanya bila nampak orang menjual durian digerai2 atau dipasar malam. Pada pandangan AbgAji, rasanya pada tahun 2011 ni durian dah tak bermusim sebabnya dari awal tahun sampai sekarang ada sahaja orang jual durian, cuma jumlahnya tak banyak dan harganya mahal.

Sebenarnya AbgAji tak berapa suka makan durian tapi suka dengan tempoyak, kalau makan nasi berlaukkan patin tempoyak mesti tambah nasi 2 kali, hehe bak kata pepatah "mak mentua lalu dibelakang gerenti tak nampak".

Semalam AbgAji AbgAji belilah durian di pasar malam, memulanya nak beli yang longgok RM10 sahaja tapi bila tengok selonggok cuma ada 4 biji kecil pulak tu, tak jadi belilah. So, AbgAji beli yang bertimbang RM6 sekilo dapatlah 3 biji yang besar. Hehe tempoyak durian mahal kali ni, tapi kalau orang bisnes tempoyak boleh kaya sebabnya harga tempoyak RM20 sekilo.

Cerita bab tempoyak ni bukan apa, sebenarnya AbgAji kalau nak makan masak tempoyak ni cerewet sedikit. AbgAji cuma makan tempoyak yang dibuat sendiri dan saudara mara serta kawan yang dikenali sahaja. Pulak tu di Kuantan ni tak ada restoran yang pandai masak tempoyak berbanding di Jerantut dan Temerloh.







Inilah hasilnya.

23 June, 2011

Kami buat kesilapan besar, kata bos Lynas

Bos Lynas Nicholas Curtis mengaku bahawa syarikatnya telah membuat kesilapan kerana gagal memberi penjelasan secukupnya kepada penduduk di Kuantan berhubung kebimbangan mereka terhadap sisa radioaktif dari loji nadir bumi syarikat tersebut.
"Kami membuat satu kesilapan, dan ia satu kesilapan besar, kerana memikirkan, kerana kami telah menemui standard keselamatan) Malaysia, maka ianya sudah mencukupi. Di petik dari Malaysiakini.com

AbgAji - Kalau ikutkan ayatnya dia buat kita di Kuantan ni tak tau apa2 tentang bahaya radiasi .
Walaupun mereka menggunakan pelbagai cara untuk memberi penjelasan kami tidak mengalu-alukan LYNAS berada di Gebeng, Kuantan.
Masih ingat lagi pada permulaan Syarikat ini ingin di buka di Gebeng sekitar tahun 2008. Kumpulan pengurusannya di Kuantan bersama beberapa orang dari Jabatan Tenaga Atom Malaysia telah datang ke tempat kerja AbgAji untuk memberi taklimat tentang keselamatan loji mereka. Mereka datang sebab kawasan tempat kerja AbgAji bersebelahan dengan loji mereka.
Daripada taklimat ini mereka yakin loji mereka selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar sebab mereka telah melabur sebanyak lebih RM200 juta hanya untuk membina loji merawat sisa kilang mereka.
Tetapi cuba kita bayangkan jika >RM200 hanya untuk loji merawat sisa (waste treatment plant) fikirkanlah betapa bahayanya sisa yang tak dirawat atau jika loji itu gagal berfungsi dengan betul dan sisa yang tak dirawat tadi dengan tak sengaja dibuang. Rasanya semua yang ada di Gebeng akan tercemar dan penduduk mendapat risiko yang tinggi kepada bahaya radiasi ini, Hehe termasuklah penyokong kerajaan yang menyokong pembinaan loji Lynas ini.

05 June, 2011

Seminggu Bercuti Di Kampung - 5

"On the way" balik ke kuantan singgah mandi-manda di Taman Rekreasi Pulau Chekas, Ulu Dong, Raub.










Seminggu Bercuti Di Kampung - 4

Makan malam hehe ada org belanja di Pizza Hut. Cik Nora, terima kasih daun keladi.



Waktu jalan-jalan di Pekan Pdg Besar.