08 December, 2010

Betul ke ni?

Pengurangan subsidi bagi kurangkan seludup.

Pengurangan subsidi untuk petrol, diesel dan gula yang berkuatkuasa baru-baru ini diyakini dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan bahan berkenaan di kawasan sempadan negara.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin berkata langkah itu juga bertujuan mengurangkan jurang perbezaan harga di pasaran tempatan dan negara jiran yang selama ini menjadi punca aktiviti penyeludupan berleluasa."Ia (menangani penyeludupan) adalah antara sebab kerajaan terpaksa menaikan harga bahan itu, selain mengurangkan jurang perbezaan harga di peringkat antara bangsa," katanya kepada pemberita, di Bachok, semalam.

Awang Adek berkata aktiviti penyeludupan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian besar manakala pihak yang tidak bertanggungjawab pula mengaut keuntungan berganda kerana harga bahan berkenaan adalah tinggi di negara jiran.

Justeru, Awang Adek menasihatkan masyarakat agar tidak menjadikan pengurangan subsidi itu sebagai isu perdebatan sehingga memecah-belahkan perpaduan.

Jumaat lalu kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi itu menjadikan harga petro RON95 adalah sebanyak RM1.90 seliter diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM210 sen satu kg. Dipetik dari Malaysiakini.

AbgAji - kekadang tergelak sendiri dan rasa nak menangis pun ada dengan alasan ini, memang tak masuk akal, ntah apa2 ntah pak2 menteri kita ni buat alasan macam semua warga Malasia ni macam tak bersekolah.

No comments: