16 December, 2010

Angkara Wonder Pets


Wonder pets, wonder pets
kami datang membantu haiwan dalam kesusahan,
Kami tak besar dan kami tak kuat,
Apa yang penting?
Kerjasama!
Apa yang penting?
Kerjasama!

Inilah bait senikata kartun di TV9 setiap hari pukul 2.00 petang. Setiap hari anak AbgAji yang kecil Izzat yang berumur 4 tahun mesti menunggu depan TV untuk menonton siri ini.

Petang semalam AbgAji terkejut, tiba-tiba dia menjerit "yea...... Krismas dah Datang"

Astaghfirullahalazzim kata Abg dalam hati, kemudian AbgAji tanya, "Kenapa adik jerit macam tu?"

Mudah jer jawapanya "Wonder Pets cakap"

Kemudian AbgAji peluk dia dan dengan lembut bercakap dengannya "Krismas tu bukan utk kita, itu untuk orang lain kita orang islam dah ada hari raya"

Biasalaa budak2 ni ya banyak tanya dia tanya pulak tu soalan cepu emas pulak hehe "kenapa pulak tak boleh?"

Aduh nak cakap camana ni, nak terang lebih-lebih budak2 ni masih tak faham, so AbgAji dengan lembut cakap "kalau kita sambut Krismas Allah marah, nanti masuk neraka sebab tu tak boleh"
nasib baik Izzat boleh terima alasan camtu, last-last dia cakap "OKlaaa tapi adik nak hadiah ya"

Abgaji jawap "OK boleh dapat hadiah nanti Ayah belikan tapi adik kena janji juga jangan cakap macam tadi lagi dan kita tak boleh rayakan Krismas ya".

Puhh! selesai masalah utk hari ini, tapi mungkin dia akan tanya lagi sebab sekarang ni kalau keluar ke bandar banyak pusat membeli belah dihias dengan patung santa claun dan macam kotak2 hadiah. Tapi yang sedihnya TV9 katanya dulu mensasarkan kepada penonton Melayu tapi banyak program yang disiarkan tak memfokuskan budaya Melayu dan Islam. Kekadangnya ada program yang boleh merosakkan akidah terutamanya kanak2 yang masih belum pandai menilai yang mana boleh dan yang mana tidak.

6 comments:

Melor said...

biasalah bebudak anak melor pun mcm tu nak sambut krismas kata diaorg

cemomoi said...

tul la abg aji, nak terangkan kat bebudak pon susah.. bila dia main siap crita lagi "ha, ni santa claus.. bla bla..."

BlogAbangAji said...

Melor, cemomoi, memang banyak cabaran kpd ibubapa sekarang ni, kalau ingatkan masa kita kecik2 dulu takde menda cam ni yek.

BlogAbangAji said...
This comment has been removed by the author.
Jejaka Desa said...

Koi nengok Upin Ipin je

BlogAbangAji said...

JD ya tu, upin dan ipin yang sesuai dengan budaya kita, hehe kalau "sponge bob" pun menjadikan "bikini bottom" tempat tinggal, hehehe