16 December, 2010

Angkara Wonder Pets


Wonder pets, wonder pets
kami datang membantu haiwan dalam kesusahan,
Kami tak besar dan kami tak kuat,
Apa yang penting?
Kerjasama!
Apa yang penting?
Kerjasama!

Inilah bait senikata kartun di TV9 setiap hari pukul 2.00 petang. Setiap hari anak AbgAji yang kecil Izzat yang berumur 4 tahun mesti menunggu depan TV untuk menonton siri ini.

Petang semalam AbgAji terkejut, tiba-tiba dia menjerit "yea...... Krismas dah Datang"

Astaghfirullahalazzim kata Abg dalam hati, kemudian AbgAji tanya, "Kenapa adik jerit macam tu?"

Mudah jer jawapanya "Wonder Pets cakap"

Kemudian AbgAji peluk dia dan dengan lembut bercakap dengannya "Krismas tu bukan utk kita, itu untuk orang lain kita orang islam dah ada hari raya"

Biasalaa budak2 ni ya banyak tanya dia tanya pulak tu soalan cepu emas pulak hehe "kenapa pulak tak boleh?"

Aduh nak cakap camana ni, nak terang lebih-lebih budak2 ni masih tak faham, so AbgAji dengan lembut cakap "kalau kita sambut Krismas Allah marah, nanti masuk neraka sebab tu tak boleh"
nasib baik Izzat boleh terima alasan camtu, last-last dia cakap "OKlaaa tapi adik nak hadiah ya"

Abgaji jawap "OK boleh dapat hadiah nanti Ayah belikan tapi adik kena janji juga jangan cakap macam tadi lagi dan kita tak boleh rayakan Krismas ya".

Puhh! selesai masalah utk hari ini, tapi mungkin dia akan tanya lagi sebab sekarang ni kalau keluar ke bandar banyak pusat membeli belah dihias dengan patung santa claun dan macam kotak2 hadiah. Tapi yang sedihnya TV9 katanya dulu mensasarkan kepada penonton Melayu tapi banyak program yang disiarkan tak memfokuskan budaya Melayu dan Islam. Kekadangnya ada program yang boleh merosakkan akidah terutamanya kanak2 yang masih belum pandai menilai yang mana boleh dan yang mana tidak.

08 December, 2010

Betul ke ni?

Pengurangan subsidi bagi kurangkan seludup.

Pengurangan subsidi untuk petrol, diesel dan gula yang berkuatkuasa baru-baru ini diyakini dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan bahan berkenaan di kawasan sempadan negara.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin berkata langkah itu juga bertujuan mengurangkan jurang perbezaan harga di pasaran tempatan dan negara jiran yang selama ini menjadi punca aktiviti penyeludupan berleluasa."Ia (menangani penyeludupan) adalah antara sebab kerajaan terpaksa menaikan harga bahan itu, selain mengurangkan jurang perbezaan harga di peringkat antara bangsa," katanya kepada pemberita, di Bachok, semalam.

Awang Adek berkata aktiviti penyeludupan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian besar manakala pihak yang tidak bertanggungjawab pula mengaut keuntungan berganda kerana harga bahan berkenaan adalah tinggi di negara jiran.

Justeru, Awang Adek menasihatkan masyarakat agar tidak menjadikan pengurangan subsidi itu sebagai isu perdebatan sehingga memecah-belahkan perpaduan.

Jumaat lalu kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi itu menjadikan harga petro RON95 adalah sebanyak RM1.90 seliter diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM210 sen satu kg. Dipetik dari Malaysiakini.

AbgAji - kekadang tergelak sendiri dan rasa nak menangis pun ada dengan alasan ini, memang tak masuk akal, ntah apa2 ntah pak2 menteri kita ni buat alasan macam semua warga Malasia ni macam tak bersekolah.