25 November, 2010

Makna Disebalik Bunyi Hon di Jalanraya

Hari ini AbgAji takde mood nak buat kerja mungkin disebabkan tak berapa sihat kena selesema dan batuk. Pastu tadi tengah kemas kini emel nak buang emel yang lama2 ni, terengok lawak yg dihantarkan oleh sahabat AbgAji. Teringin nak share bukan apa sebab lepas baca AbgAji tersenyum sendiri dan rasa semangat semula.

Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…
Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!! Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang.
Sila ambil perhatian! hehehe!

- 1x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI” ?

- 2x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI” ?

- 3x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan) ?

- 1x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan ?

- 2x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH TAKDER OTAK KE” ?

- 4x atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;





















“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

hehehe dalam sebulan adalah dua, tiga kali dengar hon cam ni di taman perumahan AbgAji tinggal, haha mungkin ada pelanggan tetap.

2 comments:

akuanakpahang (AAP) said...

Singgah sambil bunyi hon kat sini pom..pom... :)
Jom Singgah "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan - akuanakpahang"

Jejaka Desa said...

Lame dah koi tak dengor yang last ter.Gamoknye hon dia rosok