24 November, 2010

Kalau Nak Tangkap Kaki Judi Kena Main Judi?

Makmal latih polis banteras judi

Kursus lengkapkan pengetahuan, mantap prosedur siasatan pegawai PDRM KUALA LUMPUR:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengorak langkah memantapkan lagi prosedur siasatan jenayah dengan melancarkan tiga inisiatif, termasuk mewujudkan Makmal Latihan Pencegahan Perjudian bagi melatih pegawainya dengan selok-belok perjudian bagi memerangi kegiatan itu habis-habisan.
Selain itu, PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman turut menghasilkan Manual Standard Prosedur Operasi Siasatan (SOP) berhubung kes kekerasan seperti bunuh, rogol, cabul dan samun selain melancarkan portal ‘CID Update’ bagi memudahkan komunikasi dalaman jabatan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata selain membanteras perjudian yang mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat dan negara, penubuhan makmal itu juga penting bagi memastikan PDRM sentiasa bersedia dengan pengetahuan dan peralatan sesuai selari perkembangan semasa.

Katanya, makmal dilengkapi peralatan perjudian bagi memberi latihan amali kepada pegawai PDRM, diharap membolehkan pegawai diiktiraf ‘pakar judi’ sekali gus dapat melaksanakan tugas membanteras perjudian haram secara lebih efektif.

“Seperti kata ‘to catch a thief, need to be a thief’ (bagi menangkap penjenayah, polis perlu berfikir seperti penjenayah) dan untuk menguatkuasakan undang-undang, PDRM setiap tahun mengadakan kursus pakar judi bagi melengkapkan pengetahuan di kalangan pegawai PDRM.

“Tujuannya memudahkan peserta kursus memahami setiap permainan judi yang dijalankan dengan lebih efektif melalui pendedahan amali seperti di kasino atau pusat perjudian,” katanya ketika berucap melancarkan tiga inisiatif berkenaan di Maktab PDRM, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail dan Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata polis masih meneruskan siasatan berhubung kes penjualan bayi oleh sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh di sini, termasuk kemungkinan sindiket itu mempunyai rangkaian di seluruh negara walaupun semua suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Katanya, berkata kes berkenaan masih lagi dalam siasatan dan pihaknya juga melihat daripada segenap aspek sebelum mengambil sebarang tindakan susulan. -BHarian.com.my

AbgAji - persoalannya, adakah cara ini dapat mengurangkan jenayah judi ini?

2 comments:

zulkbo said...

salam...
mulanya koi memang tak setuju juga
apapun harapan koi biarlah yang beragama lain je di serap dalam bahagian ni..

BlogAbangAji said...

Zul - Koi memang tak setuju, sebabnya kala kata" nok tangkap org berjudi kena main judi" kala nok tangkap perogol kena jadi cam tu juga ke?