25 November, 2010

Makna Disebalik Bunyi Hon di Jalanraya

Hari ini AbgAji takde mood nak buat kerja mungkin disebabkan tak berapa sihat kena selesema dan batuk. Pastu tadi tengah kemas kini emel nak buang emel yang lama2 ni, terengok lawak yg dihantarkan oleh sahabat AbgAji. Teringin nak share bukan apa sebab lepas baca AbgAji tersenyum sendiri dan rasa semangat semula.

Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…
Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!! Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang.
Sila ambil perhatian! hehehe!

- 1x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI” ?

- 2x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI” ?

- 3x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan) ?

- 1x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan ?

- 2x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH TAKDER OTAK KE” ?

- 4x atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;





















“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

hehehe dalam sebulan adalah dua, tiga kali dengar hon cam ni di taman perumahan AbgAji tinggal, haha mungkin ada pelanggan tetap.

24 November, 2010

Kalau Nak Tangkap Kaki Judi Kena Main Judi?

Makmal latih polis banteras judi

Kursus lengkapkan pengetahuan, mantap prosedur siasatan pegawai PDRM KUALA LUMPUR:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengorak langkah memantapkan lagi prosedur siasatan jenayah dengan melancarkan tiga inisiatif, termasuk mewujudkan Makmal Latihan Pencegahan Perjudian bagi melatih pegawainya dengan selok-belok perjudian bagi memerangi kegiatan itu habis-habisan.
Selain itu, PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman turut menghasilkan Manual Standard Prosedur Operasi Siasatan (SOP) berhubung kes kekerasan seperti bunuh, rogol, cabul dan samun selain melancarkan portal ‘CID Update’ bagi memudahkan komunikasi dalaman jabatan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata selain membanteras perjudian yang mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat dan negara, penubuhan makmal itu juga penting bagi memastikan PDRM sentiasa bersedia dengan pengetahuan dan peralatan sesuai selari perkembangan semasa.

Katanya, makmal dilengkapi peralatan perjudian bagi memberi latihan amali kepada pegawai PDRM, diharap membolehkan pegawai diiktiraf ‘pakar judi’ sekali gus dapat melaksanakan tugas membanteras perjudian haram secara lebih efektif.

“Seperti kata ‘to catch a thief, need to be a thief’ (bagi menangkap penjenayah, polis perlu berfikir seperti penjenayah) dan untuk menguatkuasakan undang-undang, PDRM setiap tahun mengadakan kursus pakar judi bagi melengkapkan pengetahuan di kalangan pegawai PDRM.

“Tujuannya memudahkan peserta kursus memahami setiap permainan judi yang dijalankan dengan lebih efektif melalui pendedahan amali seperti di kasino atau pusat perjudian,” katanya ketika berucap melancarkan tiga inisiatif berkenaan di Maktab PDRM, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail dan Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata polis masih meneruskan siasatan berhubung kes penjualan bayi oleh sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh di sini, termasuk kemungkinan sindiket itu mempunyai rangkaian di seluruh negara walaupun semua suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Katanya, berkata kes berkenaan masih lagi dalam siasatan dan pihaknya juga melihat daripada segenap aspek sebelum mengambil sebarang tindakan susulan. -BHarian.com.my

AbgAji - persoalannya, adakah cara ini dapat mengurangkan jenayah judi ini?

16 November, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha

Salam sejahtera Kawan2 AbangAji,

Di kesempatan yang serba ringkas ini saya mewakili diri saya dan keluarga merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha buat semua pengunjung Blog AbangAji yang setia dan hebat ini.

Kepada mereka yang balik kampung, selamat pergi dan kembali dengan selamat, have a safe journey. Kepada yang masih bekerja AbangAji ucapkan selamat maju jaya dalam apa jua urusan. Moga dipermudahkan dan dirahmati Allah Rabbul Izzati.

AbangAji tahun ni hari raya korban di Jengka 16 bersama ibunda tercinta. Jika ada mana-mana mereka yang berkesempatan boleh jumpa sama-sama solat hari raya di Masjid Jengka 16.

Sempena Hari raya ni ada permintaan, utk makan spagheti laa pulak. Tak menghampakan permintaan mereka arini AbangAji ambil cuti utk menyedakan sos nya. Jadi start pagi2 tadi AbgAji memulakan tugas memasaknya.
Ini bahan2 yang dah disediakan, hehe sebab dah lama tak masak ni rasa penat juga laaa nak menyiapkan.

Bahan2 yang telah disediakan.


Mula memasak


Sedang menumis


kuah pasta yang dah siap. Alhamdulillah dah siap semua kerja, tapi yang paling tak best ni nak mengemas dapur pulak. Hehe patutlaa chef2 terkenal tu ada pembantu dapur.

13 November, 2010

Pengalaman Pahit Kehilangan Anak

Didekati lelaki asing

KUALA LUMPUR: “Ketika sedar cucu tiada dalam kereta, saya panik dan berusaha mencarinya di sekitar kawasan flat sehingga petang, namun gagal dan saya juga pengsan akibat terlalu risau berikutan menghidap penyakit asma,” kata Hashim Ali, 56, datuk kanak-kanak yang dilaporkan ditemui ketika bersendirian menaiki bas ke ibu kota, tengah hari kelmarin.

Beliau berkata, sebelum kejadian, cucunya Mohd Amin Rozi, 4, mengikutnya mencuci kereta di kawasan rumah mereka di flat Sri Sabah, Cheras dan selepas penat bermain, cucunya itu dibiarkan tidur dalam kereta.

“Saya meneruskan mencuci kereta dan sebaik selesai, saya mendapati Amin tiada. Memang saya langsung tidak sedar bila dia keluar dan menyangka dia bermain di kawasan sekitar.

“Puas saya cari, tetapi tidak jumpa dan saya maklumkan kepada isteri mengenai kehilangan cucu saya itu. Dia kemudian menelefon anak perempuan kami iaitu ibu kepada Amin yang ketika kejadian sedang bertugas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Hulu sebagai tukang cuci,” katanya yang ditemui di Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras, ketika mengambil cucunya petang semalam.


Bagaimanapun, dia bersyukur kerana cucunya itu selamat dan berterima kasih kepada semua pihak terutama penumpang bas yang menemui Amin.


Menurutnya, sejak dari bayi lagi, dia dan isteri menjaga Amin apabila anak perempuannya Nor Haslinda, 23, keluar bekerja.

Dia berkata, sebelum ini Amin tidak pernah menghilangkan diri dan kejadian itu benar-benar membuatkan mereka sekeluarga panik.

Nor Haslinda yang turut hadir menjemput anak tunggalnya pula berkata, ketika melihat gambar anak dalam surat khabar pagi semalam, dia menangis kerana terlalu bimbangkan anak dan dalam masa sama bersyukur anaknya selamat.

Dia yang bercerai kira-kira tiga tahun lalu tinggal bersama ibu bapanya dan terpaksa meninggalkan anak ketika keluar bekerja.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu. Pihaknya juga sudah meneliti dokumen yang dikemukakan.

“Kami nasihatkan supaya mereka lebih berhati-hati selepas ini supaya tidak lagi terjadi kejadian seperti ini.
Nasib baik, individu yang menemui kanak-kanak itu adalah seorang masyarakat prihatin dan melaporkannya kepada polis, jika sebaliknya mungkin perkara lebih buruk boleh berlaku.

“Sijil penghargaan juga kami berikan kepada penyelia hotel, Nur Asyikin Ruji, 40, penumpang bas yang menemui kanak-kanak terbabit kerana memaklumkan kepada polis mengenai penemuan budak itu,” katanya.

Nur Asyikin berkata, dia melihat kanak-kanak itu menaiki bas di kawasan flat Sri Sabah bersama beberapa remaja lain dan sebaik berada dalam bas, dia perhatikan Amin bermain dengan bertukar-tukar tempat duduk.

“Saya lihat tiada orang dewasa yang jaga kanak-kanak itu dan pada masa sama terdapat seorang lelaki warga asing cuba untuk memegangnya.

“Bimbang keselamatan kanak-kanak itu, saya terus memegangnya sebelum menelefon polis dan membuat laporan di pondok polis berhampiran sebaik turun di pusat beli-belah Kotaraya,” katanya.

Harian Metro, melaporkan seorang kanak-kanak ditemui bersendirian menaiki bas yang menuju ibu kota sebelum seorang penumpang menjaga serta menyerahkannya kepada pihak polis. - dipetik dari mymetro

AbgAji - pernah mengalami pengalaman yang sama tetapi bezanya orang yang menjumpai anak AbgAji tu dah membawanya dengan kereta, menurutnya dia ingin menyerahkan ke balai polis, nasib baik jiran kepada Abang AbgAji bertindak cepat meminta orang tersebut menyerahkan anak isteri AbgAji. Alhamdullilah semua selamat.

Pengalaman kehilangan anak selama 2 jam sudah cukup menyeksakan. Walaupun AbgAji tiada pada masa tu tetapi bila menyingkap kembali peristiwa tu isteri AbgAji mesti menistiskan air mata.

09 November, 2010

Banjir lagi

Semalam AbgAji dapat MMS dari adik Ipar dari kampong. di Kg. Sena Dalam, Padang Besar, Perlis. beberapa gambar keadaan banjir di rumah pak mertua AbgAji. Alhamdulillah semua selamat, air naik cuma setakat pintu pagar masuk ke halaman rumah, tetapi kasihan kpd jiran2 sebab rumah mereka dinaiki air sehingga paras lutut. tapi yang tak selamatnya cuma pokok padi habis tenggelam, sawah padi dah jadi bagaikan sebuah tasik yang begitu luas.




02 November, 2010

Sarapan Selepas Kahwin

Selepas 1 tahun


Selepas 2 tahun


Selepas 3 tahun


Selepas 4 Tahun


Selepas 5 Tahun


Selepas 10 Tahun


Selepas 20 tahun


Selepas 25 tahun



AbgAji - harap2 kita semua tak jadi macam ini laa ye.