26 August, 2010

Felda diarah bayar RM11 Juta Kepada Peneroka

Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.


Ia berikutan keputusan mahkamah itu yang menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.


Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.Dengan penghaliman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.Ini adalah saman pertama yang dikemukakan oleh peneroka terhada Felda.

Adakah pendapatan RM2000 - RM5000 setiap minggu dapat menarik perhatian anda?Jika "YA" daftar percuma KLIK DISINI

Keputusan hari ini mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan dan mengugat kepercayaan sebelum ini bahawa penubuhan agensi kerajaan itu oleh perdana menteri kedua, Tun abdul Razak Hussein bagi meningkatkan kebajikan masyarakat bumiputera dengan menaikkan taraf hidup mereka sebenarnya mempunyai kepincangan. - sumber Malaysiakini

AbgAji - Kalau cam ni ramai lagi yang akan tampil untuk menyaman Felda nanti. Sebagai generasi kedua Felda AbgAji memang betul2 rasa terkilan dengan Felda ni sebab penipuan ini hanya untuk mengejar keuntungan. Teringat masa sekolah dulu tolong arwah menoreh getah, kata harga getah mahal tapi yang dapat selepas jual getah sikit jer. hehe

Adakah pendapatan RM2000 - RM5000 setiap minggu dapat menarik perhatian anda?Jika "YA" daftar percuma KLIK DISINI

03 August, 2010

My Honda Tak Guna

Kerana kecewa dengan quality keretanya selepas beberapa kali membaiki masih lagi masalah yang sama tetap berulang pemilik kenderaan ini Jess Ross mendapat idea untuk menarik perhatian pengeluar dan penedar kereta Honda supaya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Permintaannya cukup mudah;
1. Pengedar perlu membaiki keretanya dan masalah yg sama tak akan berulang atau
2. Pengeluar gantikannya kereta baru yg tiada masalah kepadanya.

AbgAji - tak terfikir pulak nak komplen orang dengan cara ini.