13 May, 2010

'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'

marhaban4u.com


Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu. - malaysiakini.com

AbgAji - Memang sah Malaysia bukan negara islam tetapi hanya negara orang islam.

2 comments:

akuanakpahang said...

Makin kusut dibuatkan..dalam org terkial-kial nak kenal islam agoknya ini islamnya....... mmg maru.

Bender haram usohlah ejas jadi halal.

zulkbo said...

salam bang aji..
moga Allah beri hidayah pada kita
judi tu kerajaan keluarkan untuk bukan islam..memandangkan kita negara majmuk..ada cina india yang nakkan judi..kuatkan iman kita yang islam jangan la pulak nak membelinya..duit hasil cukai judi tu kerajaan boleh guna bagi makan orang rumah kebajikan cina, india selain membina kuil dan tokong di mana dapat menjimatkan duit kerajaan untuk membina masjid dan surau dari sumber yang halal..wallahualam..