08 April, 2010

Terpaksa Dibedah Kerana Terlalu Banyak SMS

CHICAGO - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS.
Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit.
Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel.
Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.
"Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya.
Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.
Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik.
LEVITZ memakai pendakap tangan selepas menghantar lebih 100 mesej khidmat pesanan ringkas sehari. - sumber emel dari sahabat.
AbgAji - memang tak suka sms. Lagi suka hello terus .

Jom join online biz selain berblog boleh juga jana duit.
Jom bersama , teruslah mendaftar secara PERCUMA sekarang! Dan isikan maklumat butiran anda pada borang yang disediakan!

*Nama Pertama :
*Nama Terakhir :
*No. HP :
*em@il Anda :
*Confirm Email:
*Negara :
*Memperoleh Pendapatan :

3 comments:

cemomoi said...

wuih ada sindrome yang sama ni, slalu gak kebas bila ngadap komputer... nampaknya kena g jumpa doktor, ate gone abg aji?

piewahid said...

budok te bkn kerja lagi. xkan xde mok ayoh. dh tau anok smpai jdi gitu, bg juga lagi duit?
agoknya jenis xdpt ditegur atau tlampau syg smpai xnak tegur?
kita kalah ngat dgn anok² skang ni yak...

zulkbo said...

salam bang aji..
macam2 dunia ni
mmakin canggih penyakitnya