06 April, 2010

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)


SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Sya rikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian. sumber emel dari sahabat.

AbgAji- kalau setakat timang2 tu ok kot jangan goncang badan bayi tu memang tak boleh kalau orang dewasa pun boleh pengsan. Apa-apa hal moh join online biz selain berblog boleh juga dapat juga duit.

4 comments:

zulkbo said...

salam bang aji..
koi ada anak kecik,takutnya jadi sebegitu..mungkin tidak kita..mana tau hantar ke pengasuh..nauzubillah..moga di jauhkan..apapun terima kasih info berguna

piewahid said...

timang² pun dengor ceritanyer bahaya kalau xkena gaya....
hati² la..

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Betul la tu ... kalau goncang teruk gitu tentu angkara marah & geram ala naik hantu ... sah2 hilang rasional & pasti mengundang masaalah.

BlogAbangAji said...

Salam, Zul aok kena dukung jer tak payoh timang2.

pie - dah tak boleh nyanyi lagu timang tinggi2 haha

kak G - memang betul tu, lepas goncang pastu terus campak ke dinding.