23 April, 2010

Perlu RM1j untuk selesa selepas bersara

KUCHING – Rakyat Malaysia memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk memastikan kehidupan yang selesa selepas bersara, kata Pengarah Kanan Hubungan Pelanggan ReMark Malaysia, Sasitharan Krishnan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di kalangan sebilangan besar pesara di negara ini, katanya, ramai yang tidak dapat mencapai jumlah simpanan yang sepatutnya dan ini menyebabkan mereka terpaksa mencari kerja walau pun selepas bersara.

Kegagalan membuat simpanan mencukupi, katanya, adalah disebabkan kerana mereka tidak merancang kewangan lebih awal dan tiada sikap disiplin dalam menabung.

Kajian itu, menurutnya, turut menunjukkan bahawa simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul bertahun-tahun lamanya hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga tahun sahaja.

"Keadaan ini amat membimbangkan. Dengan ini, saya menyarankan agar kerajaan menimbangkan semula cadangan usia persaraan 55 tahun kepada 65 tahun,” katanya ketika ditemui selepas Seminar Perancangan Kewangan yang diadakan di sini sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010.

Menurutnya, usia persaraan 55 tahun adalah terlalu awal untuk rakyat Malaysia memandangkan usia itu dianggap masih belum matang berbanding di Eropah dan Jepun yang mengamalkan pencen pada usia 65 tahun. – Bernama

AbgAji - dapat ke simpan sejuta? kala 500,000 mungkin boleh, tapi insyaallah dengan vemma builder boleh.

Jom Online biz bersama saya, teruslah mendaftar PERCUMA sekarang! Dan isikan maklumat butiran anda pada borang yang disediakan!

*Nama Pertama :
*Nama Terakhir :
*No. HP :
*em@il Anda :
*Confirm Email:
*Negara :
*Memperoleh Pendapatan :

2 comments:

zulkbo said...

salam bang aji..
nak beringat macam mana
nak kontrol wang macam mana
menteri yang bercakap macam orang tak sekolah..berapa sangatlah gaji pekerja di malaysia ni..kerja seumur hidup kalau tak guna duit pun tak boleh nak simpan sampai RM 1 juta..habis tak payah makan lah...?

BlogAbangAji said...

salam Zul - memang bete tu kata aok, tapi dorang main sedak cakak jer hehe, tapi koi amik pendekatan berlainan, koi ni jenis mata duitan haha kala ada peluang tamboh income koi tamboh janji halal tak nipu orang koi lalu jer. haha mata duitan pada koi takpe jgn mata keranjang. Cuba aok klik di banner dapatkan koleksi nasyid kat atas blog koi ni. tu pun peluang tamboh duit.