02 April, 2010

Pakcik Kayo !! Lelaki Mendapati Akaun Banknya Sebanyak USD 89 Billion

New York - Seorang lelaki, Paul Fischer mendapati baki akaun banknya sebanyak $88, 888, 888, 888.88 apabila dia melihat akaun bank pada malam Jumaat yang lepas. Beliau sangat terkejut, tetapi katanya ini adalah satu angka yang sangat bertuah baginya. Menurut jurucakap bank dari Sun Trust Bank dimana akaun beliau berada itu adalah satu masalah teknikal pabila beliau menyatakan kepada mereka.

Paul Fischer kemudiannya mendapat satu idea untuk melabur semua jumlah wang itu sehingga masalah ini selesai. Anggaran hasil pelaburan itu sebanyak $7.3 juta akan didermakan kebada badan2 kebajikan. Walaubagaimanapun pihak bank tidak membenarkan beliau berbuat begitu.

Wang tersebut dikeluarkan dari akaun beliau pada pagi Sabtu selepas 5 jam berada dalam akaunnya. Katanya " saya menjadi miskin kembali selepas menjadi billionaire selama 5 jam".
Beliau juga mengajukan satu soalan, apakah yang anda lakukan jika anda menjadi billionaire selama 5 jam?
Yang penting walau apa pun yang kita beli dan belanja dengan duit itu kita mesti pulangkan semula kepada yang empunya. - Sumber Wall Street Jurnal/Yahoo.com

AbgAji - pernah sekali kena situasi macam ni tapi taklaa banyok cam ni, bulan Januari lepas dalam akaun bertambah RM10,000.00 tetapi kemudian pihak bank keluarkan semula selepas 1 hari selepas diberitahu.

3 comments:

zulkbo said...

salam bang aji..
rezeki janagn di tolak
he he..last bank ambik balik
paleh betikk..

BlogAbangAji said...

Zul - memang tu, tapi ni takde rezeki haha

Anak Ulu Cheka said...

tu baru bulan jadi ke poket tuhh..tapi poket bocor pulak pastu hehee