01 April, 2010

Fahami Bahasa Korporat Yg Tersirat

Ini sesaja jer bete tak bete tu tak AbgAji tak tau laa pulok. Tapi kala diikutkan ada juga yang tepat sebab kala orang korporat ni deme selalu cool jer kala tak setuju ngan kita.

1. Kita bersama akan lakukan .....
tapi maksudnya
Awak semua kena buat sendiri aku akan pantau.

2. Awak lakukan kerja dengan cepatdan tepat, bagus!!
Maksud sebenarnya
Bagus!! Saya akan beri lebih banyak kerja utk awak.

3. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyiap dan menyelesaikan masalah ini dalam masa 2-3 hari lagi.
Maksud sebenarnya..
Sebenarnya kami belum buat apa2 lagi mungkin masalah ini akan berlanjutan sehingga 2-3 minggu.

4. Selepas kita berbincang kita akan putuskan dan saya bersikap terbuka menerima cadangan dan kritikan.
Maksud sebenarnya..
Sebenarnya saya dah ada keputusan dan akan beritahu apa yang anda semua patut lakukan.

5. Buat senarai kerja2 awak, dan saya akan tolong awak selesaikan tugas ini.
Maksud sebenarnya..
Awak perlu cari jalan utk selesaikan kerja ini, jangan harap saya akan tolong.

6. Kita perlu siasat dan cari punca sebenar masalah ini.
Maksud sebenarnya..
Saya akan tunjuk dimana punca kesalahan anda.

7. Kita adalan satu kumpulan.
Maksud sebenarnya..
Bukan saya seorang yang patut dipersalahkan.

8. Ini satu soalan yang bagus!!
Maksud sebenarnya..
Sebenarnya saya tak tau apa2 pun untuk selesaikan.

9. Semoga awak berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.
Maksud sebenarnya..
Awak akan berdepan dengan masalah besar jika teruskan...

2 comments:

piewahid said...

slm abgaji,
kala koi, koi stuju 100%

BlogAbangAji said...

Salam, Pie- memang bete, biasalaa kome ni keja kompeni prebet.