26 April, 2010

Rupa Pokok Kekacang Kegemaran Anda




Wallnut






Hazelnut




Pistachio




Chestnut(Berangan)




Almond
Jom Join Online biz bersama saya, teruslah mendaftar PERCUMA sekarang! Dan isikan maklumat butiran anda pada borang yang disediakan!

*Nama Pertama :
*Nama Terakhir :
*No. HP :
*em@il Anda :
*Confirm Email:
*Negara :
*Memperoleh Pendapatan :

23 April, 2010

Perlu RM1j untuk selesa selepas bersara

KUCHING – Rakyat Malaysia memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk memastikan kehidupan yang selesa selepas bersara, kata Pengarah Kanan Hubungan Pelanggan ReMark Malaysia, Sasitharan Krishnan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di kalangan sebilangan besar pesara di negara ini, katanya, ramai yang tidak dapat mencapai jumlah simpanan yang sepatutnya dan ini menyebabkan mereka terpaksa mencari kerja walau pun selepas bersara.

Kegagalan membuat simpanan mencukupi, katanya, adalah disebabkan kerana mereka tidak merancang kewangan lebih awal dan tiada sikap disiplin dalam menabung.

Kajian itu, menurutnya, turut menunjukkan bahawa simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul bertahun-tahun lamanya hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga tahun sahaja.

"Keadaan ini amat membimbangkan. Dengan ini, saya menyarankan agar kerajaan menimbangkan semula cadangan usia persaraan 55 tahun kepada 65 tahun,” katanya ketika ditemui selepas Seminar Perancangan Kewangan yang diadakan di sini sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010.

Menurutnya, usia persaraan 55 tahun adalah terlalu awal untuk rakyat Malaysia memandangkan usia itu dianggap masih belum matang berbanding di Eropah dan Jepun yang mengamalkan pencen pada usia 65 tahun. – Bernama

AbgAji - dapat ke simpan sejuta? kala 500,000 mungkin boleh, tapi insyaallah dengan vemma builder boleh.

Jom Online biz bersama saya, teruslah mendaftar PERCUMA sekarang! Dan isikan maklumat butiran anda pada borang yang disediakan!

*Nama Pertama :
*Nama Terakhir :
*No. HP :
*em@il Anda :
*Confirm Email:
*Negara :
*Memperoleh Pendapatan :

19 April, 2010

Ngantuknyaaaa

 
 
 

Jom Online biz bersama saya, teruslah mendaftar PERCUMA sekarang! Dan isikan maklumat butiran anda pada borang yang disediakan!
*Nama Pertama :
*Nama Terakhir :
*No. HP :
*em@il Anda :
*Confirm Email:
*Negara :
*Memperoleh Pendapatan :

Salah Siapa?

 
Hehe salah cikgu Matematik atau salah cikgu Bahasa Melayu.
Jom bersama , teruslah mendaftar PERCUMA sekarang! Dan isikan maklumat butiran anda pada borang yang disediakan!
*Nama Pertama :
*Nama Terakhir :
*No. HP :
*em@il Anda :
*Confirm Email:
*Negara :
*Memperoleh Pendapatan :

16 April, 2010

Wilayah Atas Awan

AbgAji cuma nok kongsi, tadi dapat emel dari rakan mengatakan ada wilayah atas awan. AbgAji tak pasti betul ke tidak. Tapi dalam emel tu tempat ni di negara Iran.
AbgAji teringat, kalau tak silap dalam tahun 2006 atau 2007 dulu di Terenganu ada kerajaan langit yang diperintah oleh Ayah Pin. hehe

Jom join online biz selain berblog boleh juga jana duit.
Jom bersama , teruslah mendaftar secara PERCUMA sekarang! Dan isikan maklumat butiran anda pada borang yang disediakan!

*Nama Pertama :
*Nama Terakhir :
*No. HP :
*em@il Anda :
*Confirm Email:
*Negara :
*Memperoleh Pendapatan :

15 April, 2010

Test Mata Anda

Kalau tak boleh tengok apa bendanya, sepetkan mata kalau tak boleh nampak juga dah sah memang ada masalah penglihatan hehe
Jom join online biz selain berblog boleh juga jana duit.
Jom bersama , teruslah mendaftar secara PERCUMA sekarang! Dan isikan maklumat butiran anda pada borang yang disediakan!

*Nama Pertama :
*Nama Terakhir :
*No. HP :
*em@il Anda :
*Confirm Email:
*Negara :
*Memperoleh Pendapatan :

14 April, 2010

Semoga Kita Sentiasa Berfikiran Positif

Jika anda fikir anda sangat tertekan. Cuba lihat mereka?

Jika anda fikir kerja anda sangat susah. Bagaimana dengan dia?

Jika kita fikir gaji kita rendah, bagaimana dengan dia?

Jika kita fikir kita tak ramai kawan, cuba tanya diri sendiri adakah kita punya sahabat yang jujur?
Jika kita fikir belajar itu susah dan menyeksakan, bagaimana dengan dia?

Bila kita terasa seakan putus asa, bayangkan perasaaan pemuda ini.

Jika kita rasa sengsaranya untuk hidup, adakah kita lebih sengsara daripada dia?


Kita merungut teruknya sistem pengangkutan tempat kita, bagaimana dengan mereka?


Jika kita rasa masyarakat berlaku tidak adil kepada kita, bagaimana dengan dia?
AbgAji - cuba berfikiran positive selalu

12 April, 2010

Kita Banyak Memperkayakan Orang Lain Daripada Diri Kita Sendiri

Dengar jer perkataan kaya ni AbgAji mula fikir duit banyok, harta banyok dan macam2 lagi. Tapi dunia sekarang ni memang susoh orang kaya tamboh kaya orang miskin mcam tu juga termasuklah kita ni golongan pertengahan nok kata kaya tak nok kata miskin tak juga. Bak kata lagu Salleh Yaakop tu gali lubang tutup lubang haha.

Camana nok kaya ? Salah satu caranya ialah kita menyimpan atau menabung. Jika kita simpan hari ni RM100, nescaya esok kita akan lebih kaya daripada hari ini. Satu persoalan, macamana kita nok simpan jika gaji yang kita dapat hanya cukup2 jer?
Dibawah AbgAji  kongsi tip2 yang hebat yang di petik dari buku "Petunjuk Jalan Kekayaan" yang ditulis oleh Dr.Rusly Abdullah Ph.D(Chef Li).
Katakanlah gaji kita Rm3000.00 sebulan. Kita mesti urus pendapatan kita dengan cara bijak dan beretika. Agihkan duit kita tadi ;
1. 10% simpan untuk dilupakan
2. 10% gunakan untuk bayar hutang
3. 10% guna untuk agama termasuk sumbangan dan infaq
4. 20% guna untuk belanja keluarga
5. 10% guna untuk diri sendiri
6. 10% berikan kepada ibubapa kita
7. 20% laburkan untuk digandakan semula
8. 10% laburkan untuk perniagaan yang sedia ada.
Cukuplaa tip ni jer yek, kalau nok lebih lagi kena baca sendirilaa yek. Bak kata Dr. Irfan Khairi jutawan internet tu "jangan beri pinjam buku yang ditulis olehnya kepada rakan anda tapi bagi pinjam duit kepada rakan anda itu untuk membeli bukunya".

Lepas baca buku ni AbgAji fikirkan semula , memang patutlaa kewangan AbgAji macam tu jer dari mula kerja dulu sampailaa sekarang ni cukup2 jer. ermm boleh dikatakan #1 sampai #8 semua takde. Lagi2 yang #2 tu lebih 50% rasanya hehe.
Jom join online biz selain berblog boleh juga jana duit.
Jom bersama , teruslah mendaftar secara PERCUMA sekarang! Dan isikan maklumat butiran anda pada borang yang disediakan!

*Nama Pertama :
*Nama Terakhir :
*No. HP :
*em@il Anda :
*Confirm Email:
*Negara :
*Memperoleh Pendapatan :

11 April, 2010

Kursus Cara-cara Pengiklanan Di Google Adwords dan Di Facebook

Kursus dijalankan di Bilik Seminar Yes Printing Sdn Bhd dari pukul 2.00 ptg - 6.00ptg 110/04/10.
Latihan ini untuk ahli Vemmabuilder yang baru untuk mereka menjalankan perniagaan online. Banyak tip2 yang diberikan oleh mereka yang telah berjaya di Vemmabuilder. AbgAji kali ni cuma dtg beri pertolongan yang perlu, sesekali tu ada juga pertanyaan yg perlu dijawap dan juga memberi tip2 untuk berjaya dalam bisnes Vemmabuilder ini.



Hehe ini orang kaya diVemma pendapatan akak ni mencecah RM15000.00 seminggu. Hanya buat secara sambilan dan masih bekerja sebagai guru.



Bergambar diakhir kursus.

10 April, 2010

Restoran Pinggan Besar

Tadi kome sekeluarga singgah makan tengahari di Restoran Orange. AbgAji tak tau kenapa tokeynya letok nama orange ni, nok kata cat diluor takdelaa warna oren, nampok biasa jer. Juadah direstoran ni boleh tahan banyak tapi yg menariknya pinggan yang digunakan besor sungguh dekat sama besor dengan talam. Agaok2 dalam >12 inci garis pusat.

nii haa pingggannya haha AbgAji biaslaa kala ada petai mesti tak lepas punyer, ulam favorite tu.



Siput sedut masak lemak cili api pun ada. Jemput makan.

Jom join online biz selain berblog boleh juga jana duit.
Jom bersama , teruslah mendaftar secara PERCUMA sekarang! Dan isikan maklumat butiran anda pada borang yang disediakan!

*Nama Pertama :
*Nama Terakhir :
*No. HP :
*em@il Anda :
*Confirm Email:
*Negara :
*Memperoleh Pendapatan :

08 April, 2010

Terpaksa Dibedah Kerana Terlalu Banyak SMS

CHICAGO - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS.
Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit.
Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel.
Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.
"Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya.
Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.
Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik.
LEVITZ memakai pendakap tangan selepas menghantar lebih 100 mesej khidmat pesanan ringkas sehari. - sumber emel dari sahabat.
AbgAji - memang tak suka sms. Lagi suka hello terus .

Jom join online biz selain berblog boleh juga jana duit.
Jom bersama , teruslah mendaftar secara PERCUMA sekarang! Dan isikan maklumat butiran anda pada borang yang disediakan!

*Nama Pertama :
*Nama Terakhir :
*No. HP :
*em@il Anda :
*Confirm Email:
*Negara :
*Memperoleh Pendapatan :

Belajar Bahasa Inggeris


AbgAji sesaja buat re-n3 haha bukan apa lucu sangat.

Jom join online biz selain berblog boleh juga jana duit.
Jom bersama , teruslah mendaftar secara PERCUMA sekarang! Dan isikan maklumat butiran anda pada borang yang disediakan!

*Nama Pertama :
*Nama Terakhir :
*No. HP :
*em@il Anda :
*Confirm Email:
*Negara :
*Memperoleh Pendapatan :

07 April, 2010

Antara Orang Yang Mendapat Doa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa', ayat 26-28)

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. -sumber emel drpda seorang sahabat(M.Fazdli)



Abgaji - semoga kita termasuk dalam golongan orang2 beriman yg disebutkan diatas.

06 April, 2010

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)


SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Sya rikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian. sumber emel dari sahabat.

AbgAji- kalau setakat timang2 tu ok kot jangan goncang badan bayi tu memang tak boleh kalau orang dewasa pun boleh pengsan. Apa-apa hal moh join online biz selain berblog boleh juga dapat juga duit.

02 April, 2010

Pakcik Kayo !! Lelaki Mendapati Akaun Banknya Sebanyak USD 89 Billion

New York - Seorang lelaki, Paul Fischer mendapati baki akaun banknya sebanyak $88, 888, 888, 888.88 apabila dia melihat akaun bank pada malam Jumaat yang lepas. Beliau sangat terkejut, tetapi katanya ini adalah satu angka yang sangat bertuah baginya. Menurut jurucakap bank dari Sun Trust Bank dimana akaun beliau berada itu adalah satu masalah teknikal pabila beliau menyatakan kepada mereka.

Paul Fischer kemudiannya mendapat satu idea untuk melabur semua jumlah wang itu sehingga masalah ini selesai. Anggaran hasil pelaburan itu sebanyak $7.3 juta akan didermakan kebada badan2 kebajikan. Walaubagaimanapun pihak bank tidak membenarkan beliau berbuat begitu.

Wang tersebut dikeluarkan dari akaun beliau pada pagi Sabtu selepas 5 jam berada dalam akaunnya. Katanya " saya menjadi miskin kembali selepas menjadi billionaire selama 5 jam".
Beliau juga mengajukan satu soalan, apakah yang anda lakukan jika anda menjadi billionaire selama 5 jam?
Yang penting walau apa pun yang kita beli dan belanja dengan duit itu kita mesti pulangkan semula kepada yang empunya. - Sumber Wall Street Jurnal/Yahoo.com

AbgAji - pernah sekali kena situasi macam ni tapi taklaa banyok cam ni, bulan Januari lepas dalam akaun bertambah RM10,000.00 tetapi kemudian pihak bank keluarkan semula selepas 1 hari selepas diberitahu.

01 April, 2010

Fahami Bahasa Korporat Yg Tersirat

Ini sesaja jer bete tak bete tu tak AbgAji tak tau laa pulok. Tapi kala diikutkan ada juga yang tepat sebab kala orang korporat ni deme selalu cool jer kala tak setuju ngan kita.

1. Kita bersama akan lakukan .....
tapi maksudnya
Awak semua kena buat sendiri aku akan pantau.

2. Awak lakukan kerja dengan cepatdan tepat, bagus!!
Maksud sebenarnya
Bagus!! Saya akan beri lebih banyak kerja utk awak.

3. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyiap dan menyelesaikan masalah ini dalam masa 2-3 hari lagi.
Maksud sebenarnya..
Sebenarnya kami belum buat apa2 lagi mungkin masalah ini akan berlanjutan sehingga 2-3 minggu.

4. Selepas kita berbincang kita akan putuskan dan saya bersikap terbuka menerima cadangan dan kritikan.
Maksud sebenarnya..
Sebenarnya saya dah ada keputusan dan akan beritahu apa yang anda semua patut lakukan.

5. Buat senarai kerja2 awak, dan saya akan tolong awak selesaikan tugas ini.
Maksud sebenarnya..
Awak perlu cari jalan utk selesaikan kerja ini, jangan harap saya akan tolong.

6. Kita perlu siasat dan cari punca sebenar masalah ini.
Maksud sebenarnya..
Saya akan tunjuk dimana punca kesalahan anda.

7. Kita adalan satu kumpulan.
Maksud sebenarnya..
Bukan saya seorang yang patut dipersalahkan.

8. Ini satu soalan yang bagus!!
Maksud sebenarnya..
Sebenarnya saya tak tau apa2 pun untuk selesaikan.

9. Semoga awak berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.
Maksud sebenarnya..
Awak akan berdepan dengan masalah besar jika teruskan...