23 March, 2010

Wanita Dimata Lelaki

Seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat dan tak bermandi.
Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut diruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya....sepi tiada jawapan.
Kemudian masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci.
Dia mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Kemudian masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam, lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku,

"Awak sakit ke?"..tanya lelaki itu.
"Tak lah", jawab isterinya ringkas
"Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.

Isterinya menjawab "Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, Abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....hmmm...

NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI".

AbgAji - hehe kekadang tu lupa orang lain pun banyak keja macam kita tapi selalu pentingkan diri sendiri. sumber - emel dari seorang sahabat.

3 comments:

zulkbo said...

salam bang aji..
begitulah gayanya
sesamalah kita menghargai
isteri kita..

piewahid said...

slm abgaji,

dlm beberapa segi kita ada peranan masing² tetapinya koi mmg ngaku kaloh dan tabik dgn kehebatan surirumah/isteri yg berkerier mengurus kluarga!

smoga rahmat Allah utk mereka.

(pssstt.. keknyer nolong mls juga, hehehe... camne tu?)

Budak Ulu Cheka said...

kena saling membantu..eratkan keharmonian institusi keluarga bahagian...baru jadi rumah ku syurga ku