19 March, 2010

5 Perkara Yang Tak Boleh Cakap Kepada Bos

Setiap orang ada Bos walaupun kekadang tu ada yg bekerja sendiri tapi kita kena sedar kita telah menjadi bos juga. Cabarannya adalah camana nak uruskan hubungan yang baik dengan seseorang bos. Ada 5 perkara yang tak perlu kita cakap kepada bos kita yang akan menyebabkan reputasi kita akan terjejas;

1. Ini bukan kerja saya
kita tau setiap bos tu ada perasaan egonya sendiri dimana setiap arahan atau suruhan darinya mesti disiapkan. oleh itu bila kita berkata demikian egonya akan tercabar. Walaupun bukan kerja kita kita kena cuba siapkan, mungkin dia ada alasan kenapa kita dipilih.

2. Itu bukan masalah saya
Bila kita kata demikian menunjukkan kita adalah seorang yang tak bertanggung jawab. lebih bagus kita tak perlu cakap apa2. Yang paling penting masalah ditempat kerja adalah masalah bersama, jadi kita bersama cuba selesaikan masalah yang timbul.

3. Ini bukan salah saya

Jika kita cakap macam ni, secara tak langsung bos akan menganggap kesalahan itu daripada kita.
Jadi jangan berkata demikian kepada bos jika benar2 ada yang masalah yang tak betul cuba perbetulkan inilah tanggungjawab semua di tempat kerja.

4. Saya hanya boleh buat satu kerja dalam satu masa
Jika kita cakap kita terlalu banyak kerja tidak akan membuat bos rasa simpati kepada kita. tetapi bos akan fikir kita melengahkan kerja atau kita tidak cekap membuat kerja. jika kita tertekan dengan bebanan kerja cuba relaks untuk kembalikan mood kerja anda.

5. Ini kerja bodoh
Boleh dikatakan semua bos tak suka bila kita kata ini kerja bodoh. Pada pendapat bos semua kerja perlu disiapkan walaupun kerja itu dianggap bodoh.

4 comments:

piewahid said...

nice tips abg aji. begitu la nasib si kuli...:D

Jijahh @ f.k said...

untuk mengelakkan kekeliruan... kite kena berbincang dengan bos besau .. hehehe ...
ada kalanya perlu ambil tindakan ... bilamana kita tidak mampu untuk menerima sesuatu perkara lagi ... anyway .. mekasih tips yg bernas itu ..

BlogAbangAji said...

piewahid, Jijah - memang susah nak predict bos ni. Sebab kata dorang bos always right.

~aSHa~ said...

tambah2 sy ni pembantu khas bos..so mmg tak leh ar nak menjawab mcm tu..ehehe