31 March, 2010

15 Mac 1996 WR Grace Kuantan


Nih Gambo kome yg diambil kala tak silap dalam April 1996.

Dalam sedar tak sedar dah abis bulan Mac. Esok dah masuk bulan April. Tadi kat opis AbgAji secara tak sengaja jumpa gambo ni tadi. Masa nih AbgAji mula kerja di Kuantan nih. Sebuah kompeni dari US, WR Grace Specialty Chemicals. Dah 14 tahun rupanya AbgAji kerja disini.
Masa tu AbgAji muda belia lagi teha yang baju kuning te. Masa tu bangunan masih lagi dalam pembinaan, tengok te di belakang besi masih lagi berceracak. Masa nih Kome tengah sibuk untuk setup bilik makmal maklumlaa kome semua ni pakar tentang Quality Control hahaha.


Ini kenangan masa kompeni hantor latihan di Worms, Germany. Bandor Worms ni kecik jer, tapi cantik dan bersih. AbgAji tinggal di Hotel Nebelungen. Hotel ni bangunan lama zaman pertengahan dulu, Kata demenya hotel ni berhantu. AbgAji tak jumpa pun, tapi mungkin juga sebaknya bila malam jer macam ada pesta di hotel ni. Bunyi meriah sangat tapi bila keluar biasa jer takde apa2 pun. Masa tu AbgAji tak terfikir langsung tentang hantu2 nih. Buat tak tau jer


Time ronda2

Ni bergambo masa nok sarapan pagi. Rasanya ni pagi last di German ni.

30 March, 2010

Anak Rebung Enterprise

Malam semalam AbgAji sempat jumpa sahabat blogger kita Saudara Mitos dari blog "Anak Ulu Cheka". Lama juga kome berborok start pukul 8.45 hingga pukul 10.30 malam. Macam2 kome borok tu. Sebenornya kome ni sekampung tapi tulaa kenei di internet sebaknya AbgAji dibesorkan di Jengka dan saudara Mitos ni memang dibesorkan di Kg. Ulu Cheka. Yang behnya sdr mitos ni memang expert tentang computer software. AbgAji sempat juga mintok tolong masukkan software GPS baru. Sekarang guna GPS "Papago X5E" lepas ni gerenti tak sesat haha. Terima kasih bebanyok. Dalam rancak beborok te lupa pulok nok amik gambo kala tak boleh upload kesini

Tapi sebelum jumpa sahabat kita ni, AbgAji menemankan isteri nok membeli meja untuk mesin jahit dia. Katenya meja yg ada sekarang ni tinggi sikit tak selesa bila menjahit, tulaa dia asyik ngadu lenguh dan sakit lengan sebab meja yang tak "ergonomik" kata dia.

Ini dia isteri AbgAji tengoh tawar menawar harga, yang membelakang ter pembantu kedai perabot ter. Yang tengoh berlari ter biasalaa anok bongsu AbgAji.

Haa dah dapat yang sesuai.


Sementara isteri AbgAji berurusan di kedai perabot ter, Abgaji terpandang papan tanda kedai runcit sebeloh yang menarik dan unik, "Anak Rebung Enterprise". Memula terfikir camana rupa anak rebung nih yek, kala anok buluh tu di panggil rebung kala anok rebung ni agok AbgAji rebung kecik kot. Kerana nama yg unik ni AbgAji masuk ke kedai tu untuk beli air mineral kebetulan tekok pun tengoh haus. Yang uniknya bukan sekador kedai runcit, tapi disini ada menjual senjata2 warisan kita orang Melayu iaitu pelbagai jenis keris. Bila tanya tokey kedai ter dia kata tak saloh ke jual senjata2 ni. Dia kate sekarang ni alat2 ni semua dah dikategorikan sebagai alat perhiasan rumoh tak perlu lesen khas.

Nih keris berdiri. Real!!! dia tunjuk cara "timbang keris".
AbgAji tak sempat amik gambor banyok sebak isteri dah ajok balik ni jer satu gambo keris yg dapat snap.

Ini tokey kedai En. jamali.

29 March, 2010

Tak Boleh Ambil Gambar Disini!!

Dah lama AbgAji tak update blog ni, entah 2-3 ari ni malam jer nok surf tenet ni. nok kate sibuk sangat tak juge, cam biasa jer. Sampai blog kawan-kawan pun tak sempat nak tengok. Ari Sabtu lepas biasalaa jalan2 bawok bebudok ke Kuantan Parade. Bukan apa aritu janji dengan anak lelaki AbgAji nok belikan mainan. Biasalaa ada 3 orang anok lelaki ni, nok beli mainan sesaje. Kita silap cakak pun kata kita janji. Pulok tu tuntut janji yg kita tak janji tu setiap masa yg demenya ingat. Sampai satu kedai mainan yg paling beso di situ, bebudok mula pilih nok itu, nok ini tapi bila tengok hargenya pepalih maheinya. AbgAji sempat amik gambo, lepas 1 kali snap datang pembantu kedai ter sound AbgAji.
Pkedai - Abang tak boleh amik gambar kat sini.
AbgAji - kenapa tak boleh...?
Pkedai - tak tau kenapa, memang tak boleh Abg.
AbgAji - kala tak tau sebabnya makna saya bolehlaa amik lagi.

Pastu AbgAji saje menyakat dia terus snap lagi satu.

Pkedai - Abang maaf, tolong jangan ambil gambar disini .
AbgAji - Saya amik gambo anak saya jer tak boleh juga ke?
Pkedai - Tak boleh juga bang.

Abgaji saje takde keja terus menyakat lagi pembantu kedai tu, dengan muka serius AbgAji tanya dia semula;

AbgAji - Awak kenal saya tak?
Pembantu kedai tu mula gabra, muka dia berubah sikit, hehe dalam ati AbgAji mula tergelak nengok reaksi dia. Dia senyap jer, abgAji tanya lagi;

AbgAji - Awak kenal saya tak?
Pkedai - Tak kenal....
AbgAji - kalau tak kenal takpe laaa.

Pastu dengan selamba jer AbgAji snap 2 kali lagi, pembantu kedai tu tengok jer tak berani kot naok tegur, tapi dalam ati Abang rasa kesian ada, nak tergelak ada bukan apa hehe sebab dia takut kerana dia tak kenal AbgAji, bukan apa kala dia kenal takut juga kot dia saman haha.. tak pepasal masuk mahkamah pulok.




Izzat memang minat betul ni sampai duduk tu.




nok pilih yg mana satu yek

Lepas tengok mainan gi shopping menda lain pulok.

Dah penat nok balik dah ni.

24 March, 2010

Kadang-kadang

Kadang-kadang bila kita sedih...
Takda orang perasan air mata kita keluar.

Kadang-kadang bila kita riang gembira...
takda orang perasan bila kita suka dan ketawa.

kadang-kadang bila bimbang..
takda orang perasan kita dalam keaadaan tertekan.

Kadang-kadang bila kita ketakutan.
Takda orang perasan gementarnya hati kita.

Tetapi....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kadang-kadang bila kita TERKENTUT.....
hahaha....... satu kampung orang akan perasan dan akan ingat sampai bila-bila.


Hehehe

23 March, 2010

Wanita Dimata Lelaki

Seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat dan tak bermandi.
Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut diruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya....sepi tiada jawapan.
Kemudian masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci.
Dia mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Kemudian masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam, lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku,

"Awak sakit ke?"..tanya lelaki itu.
"Tak lah", jawab isterinya ringkas
"Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.

Isterinya menjawab "Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, Abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....hmmm...

NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI".

AbgAji - hehe kekadang tu lupa orang lain pun banyak keja macam kita tapi selalu pentingkan diri sendiri. sumber - emel dari seorang sahabat.

21 March, 2010

Aktiviti hari Ahad

Ari ni AbgAji jadi cheflaa pulok, anak2 nak makan spaghetti. Dorang kata dah lama ayah tak masak utk diorang semua. Dengan berat ati AbgAji memulakan tugas menyediakan bahan2 yang perlu untuk buat sos spaghetti. Nak membuat sos spaghetti ni bukannya susah sangat, tu dibawah tu bahan2 yang perlu, Daging yang dikisar, bawang merah, bawang putih, celeri, tomato, karot dan cendawan butang. Yang tak gambar tu cuma dan lada bulat (omputih kata capsicum) dan tomato puri. Kala nak bagi aromanya gaya barat sikit kena masukkan serbuk Oregano atau Basil.



Ini AbgAji tengah memasak sos. Sempat pulok tu berposing hehe.

19 March, 2010

5 Perkara Yang Tak Boleh Cakap Kepada Bos

Setiap orang ada Bos walaupun kekadang tu ada yg bekerja sendiri tapi kita kena sedar kita telah menjadi bos juga. Cabarannya adalah camana nak uruskan hubungan yang baik dengan seseorang bos. Ada 5 perkara yang tak perlu kita cakap kepada bos kita yang akan menyebabkan reputasi kita akan terjejas;

1. Ini bukan kerja saya
kita tau setiap bos tu ada perasaan egonya sendiri dimana setiap arahan atau suruhan darinya mesti disiapkan. oleh itu bila kita berkata demikian egonya akan tercabar. Walaupun bukan kerja kita kita kena cuba siapkan, mungkin dia ada alasan kenapa kita dipilih.

2. Itu bukan masalah saya
Bila kita kata demikian menunjukkan kita adalah seorang yang tak bertanggung jawab. lebih bagus kita tak perlu cakap apa2. Yang paling penting masalah ditempat kerja adalah masalah bersama, jadi kita bersama cuba selesaikan masalah yang timbul.

3. Ini bukan salah saya

Jika kita cakap macam ni, secara tak langsung bos akan menganggap kesalahan itu daripada kita.
Jadi jangan berkata demikian kepada bos jika benar2 ada yang masalah yang tak betul cuba perbetulkan inilah tanggungjawab semua di tempat kerja.

4. Saya hanya boleh buat satu kerja dalam satu masa
Jika kita cakap kita terlalu banyak kerja tidak akan membuat bos rasa simpati kepada kita. tetapi bos akan fikir kita melengahkan kerja atau kita tidak cekap membuat kerja. jika kita tertekan dengan bebanan kerja cuba relaks untuk kembalikan mood kerja anda.

5. Ini kerja bodoh
Boleh dikatakan semua bos tak suka bila kita kata ini kerja bodoh. Pada pendapat bos semua kerja perlu disiapkan walaupun kerja itu dianggap bodoh.

16 March, 2010

Jalan jalan di Ipoh dan Tambun Perak


Memang kaya negeri Perak ni jalan pun buat daripada bijih timah. hehe

Pasar Tambun AbgAji sempat beli ikan pekasam. Memang sedap ni

Durian Belanda

Nangka pun AbgAji beli

Yang ni lagi power haha kala tak kenei buah ni dah sah bukan dari kampung. Kala orang pahang pangge Kerdas tapi orang sebelah utara pangge Genuaq/Geduaq.

Singgah beli madu lebah hehe nasib baik tak madu tiga, haha!

Singgah minum air kelapa jab.

On de way balik Pahang. Esok dah keja.

13 March, 2010

Cutilaaa pulok


Dalam perjalanan ke Utara tanahair melalui PLUS. Seronok memandu arini highway tak sibuk walaupun dah setat cuti sekoloh ni.

sesekali ada juga lori kena pintas juga kala tak lambat sampai weh.

Ini AbgAji sedang memandu dengan tenang.

Anok2 memang hepi, cuti katakan sorang lagi anak lelaki AbgAji, tengah lena kat barisan belakang sekali tu agaknye. Org umoh tukang amik gambo kali ni tu sebab takde dalam gambo.

12 March, 2010

Safety is Everyone's job

Ari semalam 12/03/10 tak sempat nak buat entry, hehe sehari suntuk AbgAji kat dalam bilik training. Biasalaa kome ni keja dengan kompeni manufacturing terutama kompeni tempat AbgAji kej ni adalah sebuah kompeni multinational dari negara luar. Kome disini memang ditekankan dengan bab keselamatan ni. Itulaa lebihnya kompeni dari luar ni kala dibandingkan dengan kompeni tempatan. Sehinggakan kome boleh lapor atau tegur pegawai atasan jika mereka lakukan sesuatu kerja dengan cara bahaya dan tidak mengikut peraturan keselamatan yg ditetapkan.

Poster Safety Stand Up Day Training di WR Grace Specialty Chemicals (M) Sdn. Bhd, Kuantan.

Tapi yg behnye bila ada training mesti ada makan hehe.

Abgaji siak posing lagi, senyum lebor haha makan free.

11 March, 2010

Cerita Sabun - Lawak Hari Ini



Kepada yang kerja sebagai jurujual harap sabo yek.







09 March, 2010

Halal For Sale


Ahhh sudah weh, mati kite semua gini, kena berhati-hati kite semua. kala dah sijil halal boleh dijual beli camana kita nok buat ni. Kita patut boikot tak perlu beli barang yang ada sijil halal cenggini.

08 March, 2010

Sarapan Nutrisi Untuk Semua


Nutrition shake breakfast

Inilah segelas Nutrisi sarapan yang berkhasiat utk AbgAji setiap pagi. Cukup untuk alas perut sampai tengahari. Sejak tukar cara sarapan ni memang rasa sihat dan bertenaga. Yang beh tu berat badan pun dah kurang 7 kg dalam masa 2 bulan ni. Hehe patutlaa sekarang ni rasa ringan jer. Tetapi kekadang tu sekali seminggu AbgAji ade gak pekena roti canai dan nasi lemak, yang pastinya bukan hari macam dulu2 tu.

03 March, 2010

Chile quake may have shifted Earth's axis

The massive 8.8 earthquake that struck Chile may have changed the entire Earth's rotation and shortened the length of days on our planet, a NASA scientist said Monday.

The quake, the seventh strongest earthquake in recorded history, hit Chile Saturday and should have shortened the length of an Earth day by 1.26 milliseconds, according to research scientist Richard Gross at NASA's Jet Propulsion Laboratory in Pasadena, Calif. "Perhaps more impressive is how much the quake shifted Earth's axis," NASA officials said in a Monday update.
The computer model used by Gross and his colleagues to determine the effects of the Chile earthquake effect also found that it should have moved Earth's figure axis by about 3 inches (8 cm or 27 milliarcseconds).

The Earth's figure axis is not the same as its north-south axis, which it spins around once every day at a speed of about 1,000 mph (1,604 kph).

The figure axis is the axis around which the Earth's mass is balanced. It is offset from the Earth's north-south axis by about 33 feet (10 meters). Sumber dipetik dari Yahoo News.


02 March, 2010

Hebatkah kita di muka bumi ni?

Pernahkan KITA membayangkannya? Pada waktu planet-planet di angkasa ini diperbandingkan
kita menjadi sedar betapa kecilnya bumi dan kita para penghuninya.


Dalam skala ini manusia tak kelihatan, hanya bumi yang kita nampak.


Ruang angkasaraya yang sangat luas.


Lihat bumi dalam skala ini hanya sebutir pasir


Dalam skala ini bumi kita tidak kelihatan lagi


Disini matahari hanya sebesar debu! Antares adalah bintang ke 15 yang paling terang di angkasa. Jaraknya lebih dari 1000 tahun cahaya dari bumi

Lalu ..............
siapakah kita?
apakah tujuan hidup kita?
Apa yang membuat hidup kita, manusia, berharga?
Masihkah kita bisa menepuk dada & berkata "inilah aku!"...??
Sedangkan kita terlalu kerdil berbanding Tuhan yang mencipta sekelian alam.
Sumber emel drpd En. Fazdly MCF.

AbgAji -Allahuakhbar. Ya Allah, aku manusia yang selalu lalai, aku insaf dan berazam tanamkan dihatiku hanya Engkau yang aku cari dalam hidup ini, laillahhaillallah Muhammadarrasulullah.

Sori Bos


Semoga kita bersabar