16 February, 2010

Pantai Balok atau Pantai Sampah



Mungkin keindahan pantai ini akan berakhir tak lama lagi, AbgAji menyeru pihak MPK atau pihak yang menyelengara kawasan ini lebih prihatin terhadap alam sekitar, jika kita lihat disekitar bandar Kuantan begitu ramai kakitangan dan penguat kuasa untuk menjaga tempat letak kereta dan mengeluarkan saman sehingga pukul 10 malam tetapi tiada kakitangan yang bertugas untuk menjaga kebersihan pantai sehinggakan tong sampah tak cukup dan papan tanda untuk melarang pengunjung membuang sampah merata-rata langsung tiada.
Walaubagaimana pun kita tak boleh menyalahkan sepenuhnya kepada pihak MPK, tetapi orang ramai yang bercuti dan bersantai di pantai ini janganlah membuang sampah dan merata-rata dam mengotorkan keadaan pantai ini. Kita kena wariskan keindahan ini kepada generasi yang akan datang.



Inilah pemandangan yang menyakitkan mata kepada sesiapa yang melihatnya.

No comments: