28 February, 2010

Kala sesat lagi tak tau laaa nak buat camana?


Sempat singgoh di kedai jual GPS, memula te cadang nok beli Garmin tapi rega nya mahal ngat, tak boleh tawor langsung reganye, hampuras betul tokey tu. Pastu tanya jenis lain pulok, tengok punye tengok berminat pulok. Hargenya rm530 banding ngan Garmin te reganya RM750. Jenis ni guna "software" papago - hehe katanye "Now you will never get lost".
Abgaji tak tau pulok kualitinya janji nanti tak sesat. Tokey tu kate ada jaminan 1 tahun dan boleh "update " setiap 4 bulan percuma jer.

26 February, 2010

Air Dipotong Takkan Putus

AIR DIPOTONG TAKKAN PUTUS ATAU AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS? hai mana-mana lah yek, kala tak bayar bil air dah gerenti air tu akan diputuskan bekalannye.
video
Gelagat anak-anak, mungkin dah boring kot, menunggu maknya. biasalah bebudak ni bila semua dah dapat mulalaa nak ketempat lain pulak.

Pecah Diet Di Restoran Kurang lemak, Kurang kalori, Kurang Garam





Singgah makan tengahari di restoran Kenny Roger, haha katanya kurang lemak, kurang kalori dan kurang garam tapi yang pastinya harga tak kurang.

25 February, 2010

Pagi 25/02/2010


Keindahan pada pagi ni, sewaktu matahari terbit di Balok Perdana.

19 February, 2010

Kuey Tiow / Mee Celup


Singgah jab makan kuey tiow celup (kuey tiow sup ala thai) di sebuah warung di kg. Cengal Lempong, Balok(berhadapan Restoran Alif) . Dinamakan sedemikian kerana supnya di buat berasingan tanpa perencah sup dan cuma kuey tiow dan sayur di celup atau di celur dalam air panas, kemudian barulah dicampur garam, gula, cili, dan sebagainya sebelum dihidangkan.
Kuey tiow / mee sup stail ni sangat popular di selatan Thai atau negeri yang bersempadan dengan Thailand. Jika nak yang lebih sedap bolehlah pegi ke sana terutama di Padang Besar Perlis atau di negeri Kelantan.

16 February, 2010

Pantai Balok atau Pantai Sampah



Mungkin keindahan pantai ini akan berakhir tak lama lagi, AbgAji menyeru pihak MPK atau pihak yang menyelengara kawasan ini lebih prihatin terhadap alam sekitar, jika kita lihat disekitar bandar Kuantan begitu ramai kakitangan dan penguat kuasa untuk menjaga tempat letak kereta dan mengeluarkan saman sehingga pukul 10 malam tetapi tiada kakitangan yang bertugas untuk menjaga kebersihan pantai sehinggakan tong sampah tak cukup dan papan tanda untuk melarang pengunjung membuang sampah merata-rata langsung tiada.
Walaubagaimana pun kita tak boleh menyalahkan sepenuhnya kepada pihak MPK, tetapi orang ramai yang bercuti dan bersantai di pantai ini janganlah membuang sampah dan merata-rata dam mengotorkan keadaan pantai ini. Kita kena wariskan keindahan ini kepada generasi yang akan datang.



Inilah pemandangan yang menyakitkan mata kepada sesiapa yang melihatnya.

Sepetang di Pantai Balok

video
video
video
video

07 February, 2010

Hari Anugerah Kecerlangan Pendidikan 2009 SKBB


Anak kedua AbgAji antara murid mendapat Anugerah Cemerlang Akademik 2009 Tahun 3.

Ikhwan Hj Ramzi.

Inilah plak yang diperolehi hasil usaha pada tahun lepas, ucapan terima kasih kepada guru-guru yang mengajarnya terutama yang mengajar kelas 3M 2009 SKBB. Tak lupa kepada isteri AbangAji yang tak jemu-jemu mengajar dan mendididik semua anak-anak dirumah dan di sekolah.
Tahniah! Semoga berjaya sehingga dewasa dan menjadi insan yang berjaya dan berguna serta dapat membantu ibubapa dan masyarakat dimasa depan.

Jom Memasak

Arini terasa nak makan asam pedas tempoyak, hehe pepagi lagi AbgAji pergi ke kedai AB Niaga, kebetulan arini sempat beli 2 potong Tenggiri. Kalau lambat sikit mungkin habis. Balik dari kedai tu Abg Aji mulakan kerja masak memasak. Arini bukan apa org umah ada kerja di sekolah dia tu ada hari Anugerah untuk murid cemerlang. Oleh itu sekali lagi AbgAji dengan rasa berat hati utk menyediakan hidangan makan tengahari.

Tengah mendidih di atas dapur.


Akhirnya, dapatlah menyediakan juadah arini tenggiri masak tempoyak, kailan goreng taucu dan ikan kembong goreng.

Hehe taklaaa susah sangat keja masak-memasak ni ye. Mehlaa jemput makan