16 December, 2010

Angkara Wonder Pets


Wonder pets, wonder pets
kami datang membantu haiwan dalam kesusahan,
Kami tak besar dan kami tak kuat,
Apa yang penting?
Kerjasama!
Apa yang penting?
Kerjasama!

Inilah bait senikata kartun di TV9 setiap hari pukul 2.00 petang. Setiap hari anak AbgAji yang kecil Izzat yang berumur 4 tahun mesti menunggu depan TV untuk menonton siri ini.

Petang semalam AbgAji terkejut, tiba-tiba dia menjerit "yea...... Krismas dah Datang"

Astaghfirullahalazzim kata Abg dalam hati, kemudian AbgAji tanya, "Kenapa adik jerit macam tu?"

Mudah jer jawapanya "Wonder Pets cakap"

Kemudian AbgAji peluk dia dan dengan lembut bercakap dengannya "Krismas tu bukan utk kita, itu untuk orang lain kita orang islam dah ada hari raya"

Biasalaa budak2 ni ya banyak tanya dia tanya pulak tu soalan cepu emas pulak hehe "kenapa pulak tak boleh?"

Aduh nak cakap camana ni, nak terang lebih-lebih budak2 ni masih tak faham, so AbgAji dengan lembut cakap "kalau kita sambut Krismas Allah marah, nanti masuk neraka sebab tu tak boleh"
nasib baik Izzat boleh terima alasan camtu, last-last dia cakap "OKlaaa tapi adik nak hadiah ya"

Abgaji jawap "OK boleh dapat hadiah nanti Ayah belikan tapi adik kena janji juga jangan cakap macam tadi lagi dan kita tak boleh rayakan Krismas ya".

Puhh! selesai masalah utk hari ini, tapi mungkin dia akan tanya lagi sebab sekarang ni kalau keluar ke bandar banyak pusat membeli belah dihias dengan patung santa claun dan macam kotak2 hadiah. Tapi yang sedihnya TV9 katanya dulu mensasarkan kepada penonton Melayu tapi banyak program yang disiarkan tak memfokuskan budaya Melayu dan Islam. Kekadangnya ada program yang boleh merosakkan akidah terutamanya kanak2 yang masih belum pandai menilai yang mana boleh dan yang mana tidak.

08 December, 2010

Betul ke ni?

Pengurangan subsidi bagi kurangkan seludup.

Pengurangan subsidi untuk petrol, diesel dan gula yang berkuatkuasa baru-baru ini diyakini dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan bahan berkenaan di kawasan sempadan negara.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin berkata langkah itu juga bertujuan mengurangkan jurang perbezaan harga di pasaran tempatan dan negara jiran yang selama ini menjadi punca aktiviti penyeludupan berleluasa."Ia (menangani penyeludupan) adalah antara sebab kerajaan terpaksa menaikan harga bahan itu, selain mengurangkan jurang perbezaan harga di peringkat antara bangsa," katanya kepada pemberita, di Bachok, semalam.

Awang Adek berkata aktiviti penyeludupan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian besar manakala pihak yang tidak bertanggungjawab pula mengaut keuntungan berganda kerana harga bahan berkenaan adalah tinggi di negara jiran.

Justeru, Awang Adek menasihatkan masyarakat agar tidak menjadikan pengurangan subsidi itu sebagai isu perdebatan sehingga memecah-belahkan perpaduan.

Jumaat lalu kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi itu menjadikan harga petro RON95 adalah sebanyak RM1.90 seliter diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM210 sen satu kg. Dipetik dari Malaysiakini.

AbgAji - kekadang tergelak sendiri dan rasa nak menangis pun ada dengan alasan ini, memang tak masuk akal, ntah apa2 ntah pak2 menteri kita ni buat alasan macam semua warga Malasia ni macam tak bersekolah.

25 November, 2010

Makna Disebalik Bunyi Hon di Jalanraya

Hari ini AbgAji takde mood nak buat kerja mungkin disebabkan tak berapa sihat kena selesema dan batuk. Pastu tadi tengah kemas kini emel nak buang emel yang lama2 ni, terengok lawak yg dihantarkan oleh sahabat AbgAji. Teringin nak share bukan apa sebab lepas baca AbgAji tersenyum sendiri dan rasa semangat semula.

Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…
Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!! Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang.
Sila ambil perhatian! hehehe!

- 1x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI” ?

- 2x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI” ?

- 3x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan) ?

- 1x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan ?

- 2x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH TAKDER OTAK KE” ?

- 4x atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;





















“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

hehehe dalam sebulan adalah dua, tiga kali dengar hon cam ni di taman perumahan AbgAji tinggal, haha mungkin ada pelanggan tetap.

24 November, 2010

Kalau Nak Tangkap Kaki Judi Kena Main Judi?

Makmal latih polis banteras judi

Kursus lengkapkan pengetahuan, mantap prosedur siasatan pegawai PDRM KUALA LUMPUR:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengorak langkah memantapkan lagi prosedur siasatan jenayah dengan melancarkan tiga inisiatif, termasuk mewujudkan Makmal Latihan Pencegahan Perjudian bagi melatih pegawainya dengan selok-belok perjudian bagi memerangi kegiatan itu habis-habisan.
Selain itu, PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman turut menghasilkan Manual Standard Prosedur Operasi Siasatan (SOP) berhubung kes kekerasan seperti bunuh, rogol, cabul dan samun selain melancarkan portal ‘CID Update’ bagi memudahkan komunikasi dalaman jabatan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata selain membanteras perjudian yang mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat dan negara, penubuhan makmal itu juga penting bagi memastikan PDRM sentiasa bersedia dengan pengetahuan dan peralatan sesuai selari perkembangan semasa.

Katanya, makmal dilengkapi peralatan perjudian bagi memberi latihan amali kepada pegawai PDRM, diharap membolehkan pegawai diiktiraf ‘pakar judi’ sekali gus dapat melaksanakan tugas membanteras perjudian haram secara lebih efektif.

“Seperti kata ‘to catch a thief, need to be a thief’ (bagi menangkap penjenayah, polis perlu berfikir seperti penjenayah) dan untuk menguatkuasakan undang-undang, PDRM setiap tahun mengadakan kursus pakar judi bagi melengkapkan pengetahuan di kalangan pegawai PDRM.

“Tujuannya memudahkan peserta kursus memahami setiap permainan judi yang dijalankan dengan lebih efektif melalui pendedahan amali seperti di kasino atau pusat perjudian,” katanya ketika berucap melancarkan tiga inisiatif berkenaan di Maktab PDRM, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail dan Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata polis masih meneruskan siasatan berhubung kes penjualan bayi oleh sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh di sini, termasuk kemungkinan sindiket itu mempunyai rangkaian di seluruh negara walaupun semua suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Katanya, berkata kes berkenaan masih lagi dalam siasatan dan pihaknya juga melihat daripada segenap aspek sebelum mengambil sebarang tindakan susulan. -BHarian.com.my

AbgAji - persoalannya, adakah cara ini dapat mengurangkan jenayah judi ini?

16 November, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha

Salam sejahtera Kawan2 AbangAji,

Di kesempatan yang serba ringkas ini saya mewakili diri saya dan keluarga merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha buat semua pengunjung Blog AbangAji yang setia dan hebat ini.

Kepada mereka yang balik kampung, selamat pergi dan kembali dengan selamat, have a safe journey. Kepada yang masih bekerja AbangAji ucapkan selamat maju jaya dalam apa jua urusan. Moga dipermudahkan dan dirahmati Allah Rabbul Izzati.

AbangAji tahun ni hari raya korban di Jengka 16 bersama ibunda tercinta. Jika ada mana-mana mereka yang berkesempatan boleh jumpa sama-sama solat hari raya di Masjid Jengka 16.

Sempena Hari raya ni ada permintaan, utk makan spagheti laa pulak. Tak menghampakan permintaan mereka arini AbangAji ambil cuti utk menyedakan sos nya. Jadi start pagi2 tadi AbgAji memulakan tugas memasaknya.
Ini bahan2 yang dah disediakan, hehe sebab dah lama tak masak ni rasa penat juga laaa nak menyiapkan.

Bahan2 yang telah disediakan.


Mula memasak


Sedang menumis


kuah pasta yang dah siap. Alhamdulillah dah siap semua kerja, tapi yang paling tak best ni nak mengemas dapur pulak. Hehe patutlaa chef2 terkenal tu ada pembantu dapur.

13 November, 2010

Pengalaman Pahit Kehilangan Anak

Didekati lelaki asing

KUALA LUMPUR: “Ketika sedar cucu tiada dalam kereta, saya panik dan berusaha mencarinya di sekitar kawasan flat sehingga petang, namun gagal dan saya juga pengsan akibat terlalu risau berikutan menghidap penyakit asma,” kata Hashim Ali, 56, datuk kanak-kanak yang dilaporkan ditemui ketika bersendirian menaiki bas ke ibu kota, tengah hari kelmarin.

Beliau berkata, sebelum kejadian, cucunya Mohd Amin Rozi, 4, mengikutnya mencuci kereta di kawasan rumah mereka di flat Sri Sabah, Cheras dan selepas penat bermain, cucunya itu dibiarkan tidur dalam kereta.

“Saya meneruskan mencuci kereta dan sebaik selesai, saya mendapati Amin tiada. Memang saya langsung tidak sedar bila dia keluar dan menyangka dia bermain di kawasan sekitar.

“Puas saya cari, tetapi tidak jumpa dan saya maklumkan kepada isteri mengenai kehilangan cucu saya itu. Dia kemudian menelefon anak perempuan kami iaitu ibu kepada Amin yang ketika kejadian sedang bertugas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Hulu sebagai tukang cuci,” katanya yang ditemui di Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras, ketika mengambil cucunya petang semalam.


Bagaimanapun, dia bersyukur kerana cucunya itu selamat dan berterima kasih kepada semua pihak terutama penumpang bas yang menemui Amin.


Menurutnya, sejak dari bayi lagi, dia dan isteri menjaga Amin apabila anak perempuannya Nor Haslinda, 23, keluar bekerja.

Dia berkata, sebelum ini Amin tidak pernah menghilangkan diri dan kejadian itu benar-benar membuatkan mereka sekeluarga panik.

Nor Haslinda yang turut hadir menjemput anak tunggalnya pula berkata, ketika melihat gambar anak dalam surat khabar pagi semalam, dia menangis kerana terlalu bimbangkan anak dan dalam masa sama bersyukur anaknya selamat.

Dia yang bercerai kira-kira tiga tahun lalu tinggal bersama ibu bapanya dan terpaksa meninggalkan anak ketika keluar bekerja.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu. Pihaknya juga sudah meneliti dokumen yang dikemukakan.

“Kami nasihatkan supaya mereka lebih berhati-hati selepas ini supaya tidak lagi terjadi kejadian seperti ini.
Nasib baik, individu yang menemui kanak-kanak itu adalah seorang masyarakat prihatin dan melaporkannya kepada polis, jika sebaliknya mungkin perkara lebih buruk boleh berlaku.

“Sijil penghargaan juga kami berikan kepada penyelia hotel, Nur Asyikin Ruji, 40, penumpang bas yang menemui kanak-kanak terbabit kerana memaklumkan kepada polis mengenai penemuan budak itu,” katanya.

Nur Asyikin berkata, dia melihat kanak-kanak itu menaiki bas di kawasan flat Sri Sabah bersama beberapa remaja lain dan sebaik berada dalam bas, dia perhatikan Amin bermain dengan bertukar-tukar tempat duduk.

“Saya lihat tiada orang dewasa yang jaga kanak-kanak itu dan pada masa sama terdapat seorang lelaki warga asing cuba untuk memegangnya.

“Bimbang keselamatan kanak-kanak itu, saya terus memegangnya sebelum menelefon polis dan membuat laporan di pondok polis berhampiran sebaik turun di pusat beli-belah Kotaraya,” katanya.

Harian Metro, melaporkan seorang kanak-kanak ditemui bersendirian menaiki bas yang menuju ibu kota sebelum seorang penumpang menjaga serta menyerahkannya kepada pihak polis. - dipetik dari mymetro

AbgAji - pernah mengalami pengalaman yang sama tetapi bezanya orang yang menjumpai anak AbgAji tu dah membawanya dengan kereta, menurutnya dia ingin menyerahkan ke balai polis, nasib baik jiran kepada Abang AbgAji bertindak cepat meminta orang tersebut menyerahkan anak isteri AbgAji. Alhamdullilah semua selamat.

Pengalaman kehilangan anak selama 2 jam sudah cukup menyeksakan. Walaupun AbgAji tiada pada masa tu tetapi bila menyingkap kembali peristiwa tu isteri AbgAji mesti menistiskan air mata.

09 November, 2010

Banjir lagi

Semalam AbgAji dapat MMS dari adik Ipar dari kampong. di Kg. Sena Dalam, Padang Besar, Perlis. beberapa gambar keadaan banjir di rumah pak mertua AbgAji. Alhamdulillah semua selamat, air naik cuma setakat pintu pagar masuk ke halaman rumah, tetapi kasihan kpd jiran2 sebab rumah mereka dinaiki air sehingga paras lutut. tapi yang tak selamatnya cuma pokok padi habis tenggelam, sawah padi dah jadi bagaikan sebuah tasik yang begitu luas.




02 November, 2010

Sarapan Selepas Kahwin

Selepas 1 tahun


Selepas 2 tahun


Selepas 3 tahun


Selepas 4 Tahun


Selepas 5 Tahun


Selepas 10 Tahun


Selepas 20 tahun


Selepas 25 tahun



AbgAji - harap2 kita semua tak jadi macam ini laa ye.

31 October, 2010

Mee Goreng Mamak Versi USA

Minggu lepas seorang mamat US tu minta resepi me goreng mamak dari AbgAji, sebenarnya dah lama dia mintak tapi saja buat tak tau sebab AbgAji malas nak "translate" resepi dalam english. Tapi minggu lepas dia minta semula masa sama2 pergi "team building" aritu.

Akhirnya AbgAji dapat juga "translate" resepi ni kedalam "English" dengan bantuan kamus hahaha, tu dia dibawah ni resepi versi english.

Ingredient;
1. 1 pack Noodle (yellow colour)
2. 2 pcs Garlic
3. 50gm Leek
4. 100gm Bean sprout
5. 1 egg
6. 50gm chicken meat
7. 1 pcs Fish cake cut into small pcs
8. 5-6 tablespoon Vegetable oil/coconut oil
9. 100gm chilli sauce
10. 50gm thick soya sauce
11. A Pinch of salt

The ways ;
1. Heat the vegetable oil in the wok
2. Crush the garlic and fry until scent
3. Add in chicken meat , fish cake, chilli sauce and soya sauce then fry for a few minutes
4. Add Noodles then stir fry until the sauce and noodles mixed.
5. Make the space at the centre of the pan then add egg then stirr fry until the egg mixed together with noodles .
6. Lastly add the leek and bean sprout and stir fry for 1 - 2 minutes.
7. Done!! Now you can serve. Normally is good eating with pickle chilli.

Tak tau jadi ke tidak Mamat tu memasaknya. Tapi kata dia pada Isnin lepas dia dah buat sedap katanya. Kalau korang nak try buat "copy" atau salin jer resepi tu hehe.

09 October, 2010

Cerita Tentang Hantu Raya Dalam Bisnes Online

Salam sejahtera,

Hari ini AbgAji nak cerita tentang autoresponder.

Apa itu autoresponder(AR) sebenarnya?

AR adalah robot atau pekerja kita yang tugasnya menghantar email secara automatik padawaktu yang kita tetapkan kepada pelanggan yang menginginkannya. AR ini akan menghantar email walau berapa banyak pelanggan yang kita ada sekali pun, dengan memanggil nama mereka secara individu.

Contohnya, sekiranya anda terjumpa mana2 website yang meminta anda mengisikan nama dan email, bila anda submit sahaja, terus anda dapat satu email yang meyuruh anda mengesahkan email anda terlebih dahulu dengan klik link yang diberikan dibawah. Walau pun anda submit pukul 3 pagi, email tersebut tetap masuk, siap panggil nama anda pulak tu. Anda mula hairan, orang ni tak tidur ke? Jawapannya "Tidur" dia suruh hantu raya dia buat kerja, namanya "AR Trafficwave".

Esok pula anda dapat satu lagi email dari kawan tu, penerangan mengenai produk yang dia tawarkan, lusa dapat lagi satu, tulat dapat lagi satu, tunggeng dapat lagi satu, dan kita mula terfikir, dia ni tak ada kerja lain ke, asyik hantar email je, jawapannya "Memang dia tak ada kerja, asyik memancing aje", yang hantar2 tu hantu raya dia namanya "AR Trafficwave", bukan dia.

Kita yang tak tahu ni pun balaslah, terima kasih kerana menghantar, saya sangat menghargai pengorbanan awak membuat semua ini bla bla bla bal...... Saya pun jawab "Sama2, saya memang rajin..." padahal perniagaannya sudah pun mencapat tahap autopilot... bergerak sendiri. Hantu raya tersebut tengah sibuk menghantar email yang kita perintahkan keseluruh dunia, 24 jam sehari, 367 setahun, lompat dua kali.

Untuk menggunakan perkhidmatan AR yang teramat rajin ni, kenalah bayar gaji dia, kalau bayar rajin la dia, kalau tak, nanti dia tak buat kerja. Gajinya sebulan yang kita kena bayar adalah lebih kurang RM65. Tetapi kerjanya lebih cekap daripada 10 kerani sekali pun. Bukan RM650. Mana ada kerani nak bangun pukul 3 pagi jawab email. Tanpa AR anda tak akan mampu buat kerja sorang-sorang, tanpa AR anda tak mampu nak hantar email ke beribu-ribu pelanggan, setiap hari pulak tu, siap panggil nama sorang2 pulak tu. Email yang dihantar setiap hari itu dipanggil email kempen. Satu AR dengan gaji RM65 boleh buat banyak kempen, boleh mengendalikan bilangan pelanggan ramai, dan tak pernah ponteng kerja, walau pun anda setkan penghantarannya di malam hari.

Jadi sesiapa yang tiada lagi autoresponder, elok bela seekor autoresponder, rajin sangat, tak payah bagi makan, bagi gaji je, pandai le dia.....Jika anda berminat klik disini untuk pendaftaran, tapi jangan ambil yang free punya, kerana AR ini pun anda sistem affiliate, nanti anda terlepas banyak komisyen yang sepatutnya dapat jadi tak dapat.

https://www.trafficwave.net/cgi-bin/newmember/enrlform.cgi/ramzicentre/paid


Tapi bila dah melanggan dengan AR ni kena belajar cara menggunakannya, kalau tidak rugi sahaja banyar gajinya setiap bulan, ada beberapa perkara yang anda ketahui mengenai AR ni:

1. Membuat nama kempen tersebut.
2. Pengesahan email bila orang menjadi pelanggan anda.
4. Ambil borang web untuk diletakkan dalam website anda.
3. Buat Email Kempen
5. Broadcast Email

Video dibawah menerangkan bagaimana untuk setkan Autoresponder anda

Bila dah tahu menggunakannya dan GUNAKAN. Semua ilmu yang kita tahu jadi tak guna kalau kita tak pakai dan amalkan.

08 October, 2010

Bengkel Bina Website Online #5

1. Teknik memasukkan gambar dari url luar



Tip2 Untuk Membina Website dan teknik iklan di internet KLIK DISINI

06 October, 2010

Rahsia Anda Menggunakan Bantal

Kali ini AbgAji nak cerita rahsia disebalik cara kita menggunakan bantal bila kita tidur, hehe tak tau pulak betul atau tak, AbgAji dapat info ni dari emel seorang kawan, nampak menarik utk dikongsi.

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa Seni. Mereka Mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap Lukisan, muzik Dan sastera. Perasaan mereka halus Dan jiwa mereka romantik. Kadangkala Ada yang Boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui Mimpi. Mereka Juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam Kehidupan seharian Mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka Jarang membuat Keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan Pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan, berdasarkan fikiran dan, bukan nafsu semata-Mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka, cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas, untuk mencapai cita2. Mereka tidak suka berusaha.

5) Tidur tanpa bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... Pergi kedai belilah satu, bukanya mahal pun..!!



Untuk dapatkan pendapatan RM2000 - RM5000 setiap minggu dapat menarik perhatian anda daftar percuma KLIK DISINI



Tip2 Untuk Membina Website dan teknik iklan di internet KLIK DISINI Atau isikan nama dan emel dibawah.



Nama
Email

03 October, 2010

Bengkel Bina Website Online #4

Mulakan pembinaan website latihan dan membiasakan diri anda dengan NVU dan button yang penting.


Cara upload file ke tapak domain.


Tip2 Untuk Membina Website dan teknik iklan di internet KLIK DISINI Atau isikan nama dan emel dibawah.

29 September, 2010

Bengkel Bina Website Online #3

Latihan-Praktikal-Cara-cara membuat website anda sendiri:

Ikuti video sifu saya En. mazelan Abas dibawah ini bagaimana membina website sendiri secara asasnya

1. Oleh kerana AbgAji menggunakan domain dan hosting GDI, kita kena setup domain di GDI dan cara untuk setting. Lihat video di bawah;



Daftar 7 hari percuma dengan GDI disini
PENTING: Selagi anda tidak ubah setting di GDI kepada Basic Hosting, anda tidak boleh menggunakan NVU/KompoZer dan FileZilla.

2. Setup File Zilla.
Lihat Video dibawah ;



OK, InsyaAllah N3 akan datang AbgAji akan "post' cara2 upload website ke domain, teknik memasukkan gambar dan video, jumpa lagi.

Tip2 Untuk Membina Website dan teknik iklan di internet KLIK DISINI

26 September, 2010

Desakan Hidup atau Cara Hidup


Tip2 Untuk Membina Website dan teknik iklan di internet KLIK DISINI

Tip2 Untuk Membina Website #2

Apa yang penting utk membina website ini ialah dua perisian iaitu
1. Untuk bina website
2. Untuk upload website ke domain anda.

Banyak perisian yang boleh digunakan utk bina website ini tetapi dalam slot AbgAji kita akan gunakan NVU atau KompoZer . Bagi yang baru sudah cukup dengan perisian ini serta FileZilla utk upload website ke domain anda.

1. Download dahulu perisian NVU percuma disini. NVU adalah perisian untuk membuat website dan dia adalah percuma.
Klik Disini untuk download NVU
Klik disini untuk download Kompozer

2. Download FileZilla untuk kegunaan memindahkan file website yang kita bina dari komputer kita ke tapak domain.
Klik disini untuk download filezilla.
Latihan-Praktikal-Cara-cara membuat website anda sendiri akan diberikan pada N3 akan datang serta boleh ikuti video bagaimana membina website sendiri secara asasnya yang disediakan oleh sifu maya saya En. Mazelan Abas.

Tip2 Untuk Membina Website dan teknik iklan di internet KLIK DISINI

25 September, 2010

Tip2 Untuk Membina Website #1

Salam sejahtera dan Selamat hari Raya Aidil Fitri, minta maaf zahir dan batin mungkin terlambat sedikit tapi masih di bulan Syawal. Baru ini AbgAji berkesempatan utk "meng-update" blog ini. Aduhai dahlama tak berblog ni rasanya. Maaflah kawan2 semua ya, bukan Apa AbgAji terlalu sibuk dgn biz online , kerana memberi tunjuk ajar kpd ahli2 baru dan rakan niaga yang semua inginkan tip2 utk membuat iklan utk perniagaan mereka.

Pada N3 pertama lepas raya ini AbgAji nak berikan tip2 macamana nak bina website dan cara memantap perniagaan online anda.

Bersedialah menemui jalan baru yang akan menarik orang seperti magnet untuk menyertai anda. Inilah cara Top Internet Marketer yang sering disimpan oleh mereka dan menjadikan mereka Top serta menjana pendapatan yang amat tinggi di dalam dunia online marketing.

Sekarang, cara yang sama yang telah mencipta ramai Top Marketer, tersedia untuk anda.
Kami sengaja mencipta website ini hanya satu muka surat sahaja supaya anda akan dapat mengikuti langkah demi langkah secara tersusun tanpa tergopoh gapah.


Tip2 ini boleh juga didapati secara percuma dengan mendaftar disini masukkan shj nama dan emel AbgAji akan menghantar tip2 setiap hari secara percuma.

Kenapa perlu ada website?
1. Kesemua Top Internet Marketer di dunia tahu buat website sendiri.
Saya akan ajar anda bagaimana untuk membuat website anda sendiri, bagaimana menghidupkan website anda supaya boleh dilihat oleh orang ramai seluruh dunia.
2. Pendaftaran website anda.
Setiap orang yang ingin memiliki website sendiri perlu menyewa tapak untuk website tersebut dan mendaftar nama website anda telebih dahulu (domain). Anda boleh menyewa mana2 tapak webhsoting di negara kita untuk menyiarkan website anda tetapi disini saya mencadangkan anda memilih GDI kerana disamping membayar sewa tapak website, anda juga boleh menyertai affiliate program mereka dan dengan ini anda boleh mendapatkan hasilkan lumayan daripada mereka. Kos yang kita perlu keluarkan disini hanyalah RM37 setiap bulan. Kebanyakkan webhosting lain akan mengenakan bayaran setiap tahun. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana dengan GDI anda boleh mendapat keuntungan sila tunggu sehingga anda sampai bahagian dibawah nanti.

3. Tanpa domain dan webhosting, maka tidak wujud website kita.
Di dalam dunia ini terlalu banyak kompeni yang tumbuh membuat perniagaan domain/webhosting, boleh dikatakan hampir semua webhosting meminta pembayaran setahun terlebih dahulu sebelum kita boleh meletakkan file-file website kita ke dalam tapak server mereka, dan barulah kita boleh publish website kita. Tetapi didalam banyak2 webhosting tersebut, terdapat sebuah webhosting yang bermurah hati memberikan percuma, tidak perlu bayar dahulu, malah tidak perlu bayar setahun, kita boleh membayar bulan-bulan, Memanga harganya tinggi sedikit tetapi mereka memberikan satu sistem affiliate yang unik dan menguntungkan, jika kita mengajak orang lain menyewa tapak web mereka, kita akan dibayar upah selama orang tersebut menyewa tapak disitu. So AbgAji ambil peluang ini Global Domain International atau GDI telah memberikan satu peluang yang besar, disamping kita belajar membina website untuk mempromosikan apa jua perniagaan kita, kita juga boleh mendapat hasil lumayan melalui GDI ini untuk menampung perbelajaan perniagaan kita.

Untuk mendaftar dan mendapatkan 7 hari sewa tapak webhosting secara percuma, anda boleh klik di link di bawah ini. Daftar disini

OK setakat ini dulu N3 kali ini dan akan update langkah seterusnya.

02 September, 2010

Doa Amalan Supaya Dimudahkan Membayar Hutang




Adakah pendapatan RM2000 - RM5000 setiap minggu dapat menarik perhatian anda?Jika "YA" daftar percuma KLIK DISINI

26 August, 2010

Felda diarah bayar RM11 Juta Kepada Peneroka

Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.


Ia berikutan keputusan mahkamah itu yang menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.


Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.Dengan penghaliman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.Ini adalah saman pertama yang dikemukakan oleh peneroka terhada Felda.

Adakah pendapatan RM2000 - RM5000 setiap minggu dapat menarik perhatian anda?Jika "YA" daftar percuma KLIK DISINI

Keputusan hari ini mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan dan mengugat kepercayaan sebelum ini bahawa penubuhan agensi kerajaan itu oleh perdana menteri kedua, Tun abdul Razak Hussein bagi meningkatkan kebajikan masyarakat bumiputera dengan menaikkan taraf hidup mereka sebenarnya mempunyai kepincangan. - sumber Malaysiakini

AbgAji - Kalau cam ni ramai lagi yang akan tampil untuk menyaman Felda nanti. Sebagai generasi kedua Felda AbgAji memang betul2 rasa terkilan dengan Felda ni sebab penipuan ini hanya untuk mengejar keuntungan. Teringat masa sekolah dulu tolong arwah menoreh getah, kata harga getah mahal tapi yang dapat selepas jual getah sikit jer. hehe

Adakah pendapatan RM2000 - RM5000 setiap minggu dapat menarik perhatian anda?Jika "YA" daftar percuma KLIK DISINI

03 August, 2010

My Honda Tak Guna

Kerana kecewa dengan quality keretanya selepas beberapa kali membaiki masih lagi masalah yang sama tetap berulang pemilik kenderaan ini Jess Ross mendapat idea untuk menarik perhatian pengeluar dan penedar kereta Honda supaya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Permintaannya cukup mudah;
1. Pengedar perlu membaiki keretanya dan masalah yg sama tak akan berulang atau
2. Pengeluar gantikannya kereta baru yg tiada masalah kepadanya.

AbgAji - tak terfikir pulak nak komplen orang dengan cara ini.

21 July, 2010

Empangan Terbesar Di Dunia - Wilayah Hubei China

Ingin belajar bina website secara online dan teknik mengembangkan dan iklan di internet dapatkan info percuma KLIK DISINI


Foto oleh China's Xinhua di petik dari Yahoo.com

19 July, 2010

Majlis Kahwin Anak Orang Kaya

Pelamin

Laluan pengantin
Ucapan tetamu untuk pengantin dibuat secara online.

Ingin belajar bina website secara online dan teknik mengembangkan dan iklan di internet dapatkan info percuma KLIK DISINI


Siap ada orkestra lagi....


Inilah pasangan pengantin baru.

Nur Nadiah SM Nasimuddin & Hamzah Alang Azman Shah Nadia – anak arwah Nasimuddin NAZA
Hamzah – Anak Azman Shah, owner of holiday villa hotel chains.

13 July, 2010

Siapa Pernah Tengok Cacing Besar?

Inilah cacing terbesar didunia, dijumpai di negara Equador.



08 July, 2010

Korang Semua Sama Aje!!

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?

"Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?

" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, korang semua sama aje!


Ingin belajar bina website secara online dan dapatkan info percuma klik disini

"Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"

07 July, 2010

Jenis Kereta Mengikut Peringkat Umur

Peringkat 1 (4 bulan hingga 9 bulan - mengikut kesesuaian)

baby walker

Peringkat 2 (9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian )

kereta tolak (stroller)

Peringkat 3 (3 tahun hingga 7 tahun mengikut kehendak)
kereta mainan
Ingin belajar bina website secara online dan dapatkan info percuma klik disini http://ramzicentre.ws/ebiz.html

Peringkat 4 (7 tahun hingga 12 tahun mengikut kemahuan)

kereta kontrol biasa-biasa aje

Peringkat 5 (12 tahun hingga 19 tahun mengikut kemampuan)
keta kontrol berjenama

Peringkat 6 ( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket)
kereta ta mini...keta sport...MPV. ,SUV..sedan

Peringkat 7 (50 tahun ke atas mengikut keperluan)
kereta berkerusi roda

Peringkat akhir.....bila tiba masanya
kereta jenazah

19 June, 2010

Automatikkan Perniagaan Anda

Petua mendapatkan ramai pelanggan dengan cepat tanpa perlu keluar rumah.


*Letih mencari pelanggan secara OFFLINE
*Dah macam-macam perniagaan online yang dilakukan masih tak menjadi.
*Dah tak larat hantar flier ke rumah-rumah, iklan sana sini tapi bisnes tak berkembang-kembang jugak.
*Banyak duit habis beli ebook itu dan ini, kesudahnya buat sekerat jalan.
*Tak tahu lansung cara yang betul buat bisnes online
*Produk ada, tapi tahu nak pasarkan secara online melalui internet.

15 June, 2010

Berhati-hati jika ada orang minta tolong

Kepada kawan-kawan AbgAji jika anda di airport atau dimana2, jika ada orang yang tak dikenali minta tolong bawakan atau jaga sesuatu jangan terlalu percayakan mereka nanti akibatnya kita yang merana.
video

AbgAji - minta maaf dah lama tak update blog ni, hehe sibuk sangat.

29 May, 2010

Felda Lepar Hilir 3

Minggu lepas AbgAji singgah dirumah kakak di Felda Lepar Hilir, pastu sesaja pergi belakang rumah dia, ini antara yg sempat ambil gambar sebab hari macam nak nak hujan masa tu ;


Lada hitam


Salak


Pandan dan Kadok


Tebu telor


Pisang Emas

27 May, 2010

Ulama Yang Sebenar

Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki – Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali – Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri – Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair – Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami – Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri – Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi – Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman._ Sumber dari emel sahabat.

18 May, 2010

Jika Dunia Tanpa Jurutera

Jika dunia tanpa Jurutera/Engineer.


Tanpa Jurutera Komputer


Tanpa Jurutera Aeronautik


Tanpa Jurutera Sivil


Tanpa Jurutera Komunikasi


Tanpa Jurutera Mekanikal
Tanpa Jurutera Elektronik