29 September, 2009

Bahana Main Mercun

video

Awasi anak-anak supaya jangan main mercun di musim perayaan ini.

17 September, 2009

Syurga Dan Neraka

Ini kisah benar, kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetekpengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yangmelaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam' kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaandan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premisberkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapatimelakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagikesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garispanduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersamadengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untukmenyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan dendasemata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan diPasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawaiPBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dandapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturanmajlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalasdengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takutnanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalamneraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak:"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak bolehsediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?"
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaztu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosakakidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sensangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..hidup senang lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awaknak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berduajumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang diaterpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga.Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orangbaik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diujisebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yangdibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogoldisyurga, lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yangterima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kitanak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.."rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh kedianggap baik?"
Gadis tu terdiam

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah ituMaha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud.Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiridan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedangdiuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah,maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita Ingatlah; semuanyadipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapatbersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kitajugak. Assalamu'alaikum."

09 September, 2009

MAAFKAN CIKGU

Petikan drpd http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/06/18/maafkan-cikgu/

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” ” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Ish bergenang juga air mata AbangAji baca kisah ni, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Emel drpd - Hamree Not