16 July, 2009

Gaya Hidup Orang Kaya

by KCLau

Ketika menghadiri seminar tahun lepas, penceramah ada bertanya, “Ada sesiapa pernah membaca buku ‘Blue Ocean Strategy’?”. Separuh daripada kelas tersebut angkat tangan. Ya, ia masuk akal kerana seminar itu berkenaan kecapi kejayaan di dalam hidup ini. Kebanyakan peserta terdiri daripada usahawan dan eksekutif korporat.

Pada bulan lepas saya menghadiri pesta buku KL. Saya dijemput untuk merasmikan majlis pelancaran buku saya. Saya bertemu dengan Azizi Ali, pakar motivasi diri terkenal Malaysia. Beliau berkongsi dengan saya bahawa jumlah penerbitan buku di setiap negara ada hubung kait dengan kekayaan rakyatnya. Sekiranya penerbitan buku banyak, maka negara itu akan maju. Jadi sudah tentu rakyatnya kaya-raya.

Minggu lepas, saya ada ‘business talk’ dengan seorang sahabat yang agak berjaya. Beliau megatakan orang kaya tidak pernah makan berseorangan. Mesti ada teman. Kebetulan ada buku keusahawan bertajuk ‘Never Eat Alone’. Beliau sebenarnya tidak pernah sedar apa yang ditulis buku itu sama seperti apa yang dilakukannya selama ini. Jadi apa yang ditulis buku itu semuanya adalah betul mengenai beliau!

Jadi, daripada tiga keadaan di atas, dapatkah anda mencari tabiat semulajadi orang-orang kaya?

Apakah Tabiat Biasa Orang Kaya?

Orang kaya suka membaca. Mereka banyak membaca.

Walaupun berabad dahulu media tidak seperti sekarang tiada surat khabar, majalah, dan internet, namun orang kaya zaman dahulu tetap banyak membaca.

Tabiat orang kaya yang lain ialah mereka gemar menghadiri seminar, kursus dan bengkel. Anda jangan terkejut orang kaya tidak keberatan belanja berpuluh ribu semata-mata untuk menghadiri kursus Anthony Robbins dan Robert Kiyosaki walaupun ketika krisis kewangan. Jika anda ingin berkenalan dengan orang kaya, pergi sahaja ke kursus yang paling mahal. Saya pasti anda akan berjumpa mereka di sana.

Orang kaya belajar dari orang ‘super-kaya’. ‘Super-kaya’ belajar dari ‘ultra-kaya’. Begitulah konsepnya.

Mereka menghadiri seminar atau kursus bukan semata-mata untuk belajar, tetapi untuk berjumpa dan mencari rangkaian ‘network’ dengan orang-orang kaya.

Pendek kata orang kaya suka belajar.

Mereka belajar melalui membaca, seminar dan daripada rangkaian kenalan orang-orang kaya.

Namun saya masih belum kaya!

Sebelum anda mampu hadiri seminar beribu ringgit, megapa tidak cambahkan minat membaca dahulu. Belajar bercakap bahasa orang kaya dan berjaya. Lama-kelamaan anda akan dikelilingi orang yang mahu kaya seperti anda.

Emel by saiful bahri mohamad baki

No comments: