28 July, 2009

Arwah Ibu Lawat Mayat Anak

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul. " kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya .

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun? emel drpd Mohd Fazdly Ramli

AWAS H-WANG N-WANG DI TERENGGANU


hehe untuk lebih jelas klik pada gambar.

17 July, 2009

Ilmu Ikhlas

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat. Emel daripada Hamree Not.

16 July, 2009

Gaya Hidup Orang Kaya

by KCLau

Ketika menghadiri seminar tahun lepas, penceramah ada bertanya, “Ada sesiapa pernah membaca buku ‘Blue Ocean Strategy’?”. Separuh daripada kelas tersebut angkat tangan. Ya, ia masuk akal kerana seminar itu berkenaan kecapi kejayaan di dalam hidup ini. Kebanyakan peserta terdiri daripada usahawan dan eksekutif korporat.

Pada bulan lepas saya menghadiri pesta buku KL. Saya dijemput untuk merasmikan majlis pelancaran buku saya. Saya bertemu dengan Azizi Ali, pakar motivasi diri terkenal Malaysia. Beliau berkongsi dengan saya bahawa jumlah penerbitan buku di setiap negara ada hubung kait dengan kekayaan rakyatnya. Sekiranya penerbitan buku banyak, maka negara itu akan maju. Jadi sudah tentu rakyatnya kaya-raya.

Minggu lepas, saya ada ‘business talk’ dengan seorang sahabat yang agak berjaya. Beliau megatakan orang kaya tidak pernah makan berseorangan. Mesti ada teman. Kebetulan ada buku keusahawan bertajuk ‘Never Eat Alone’. Beliau sebenarnya tidak pernah sedar apa yang ditulis buku itu sama seperti apa yang dilakukannya selama ini. Jadi apa yang ditulis buku itu semuanya adalah betul mengenai beliau!

Jadi, daripada tiga keadaan di atas, dapatkah anda mencari tabiat semulajadi orang-orang kaya?

Apakah Tabiat Biasa Orang Kaya?

Orang kaya suka membaca. Mereka banyak membaca.

Walaupun berabad dahulu media tidak seperti sekarang tiada surat khabar, majalah, dan internet, namun orang kaya zaman dahulu tetap banyak membaca.

Tabiat orang kaya yang lain ialah mereka gemar menghadiri seminar, kursus dan bengkel. Anda jangan terkejut orang kaya tidak keberatan belanja berpuluh ribu semata-mata untuk menghadiri kursus Anthony Robbins dan Robert Kiyosaki walaupun ketika krisis kewangan. Jika anda ingin berkenalan dengan orang kaya, pergi sahaja ke kursus yang paling mahal. Saya pasti anda akan berjumpa mereka di sana.

Orang kaya belajar dari orang ‘super-kaya’. ‘Super-kaya’ belajar dari ‘ultra-kaya’. Begitulah konsepnya.

Mereka menghadiri seminar atau kursus bukan semata-mata untuk belajar, tetapi untuk berjumpa dan mencari rangkaian ‘network’ dengan orang-orang kaya.

Pendek kata orang kaya suka belajar.

Mereka belajar melalui membaca, seminar dan daripada rangkaian kenalan orang-orang kaya.

Namun saya masih belum kaya!

Sebelum anda mampu hadiri seminar beribu ringgit, megapa tidak cambahkan minat membaca dahulu. Belajar bercakap bahasa orang kaya dan berjaya. Lama-kelamaan anda akan dikelilingi orang yang mahu kaya seperti anda.

Emel by saiful bahri mohamad baki

Pak Ali Tamak ke?

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak". Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku..bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".

Pari-Pari : ??????..........

15 July, 2009

Ikan Oh Ikan Kenapa Engkau Timbul


Tak tau dimana silapnya tiba tiba saja ikan di kolam depan rumah AbangAji mati. Bukan seekor tapi 5 ekor sekali gus. Sedih juga rasanya maklumlah AbangAji pelihara ikan ini dari sebesar ibu jari sampailah dekat sebesar betis lebih kurang 4 tahun dalam kolam tu. Tapi takpe mungkin dah tiba masanya.
video

14 July, 2009

PRK Manek Urai 14/07/09 - PAS Menang

MANEK URAI, 14 Julai (Hrkh) - Keputusan rasmi, PAS menang dengan majoriti 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi manakala BN mendapat 5,283 undi.

Workshop Aku Dengan kuasa Minda 12/07/09



Pada 12/07/09 hari Ahad lepas AbangAji join satu workshop Aku Dengan Kuasa Minda. Kursus ini bertujuan untuk motivasi dan kita dapat melehat dimana kelemahan diri kita. Kita boleh menilai sejauh mana kekuatan dalam diri kita juga kelemahan kita. AbangAji memang rekomen rakan rakan (kalau ada masa) meyertai workshop sehari ini. Bayarannya tak lah mahal sangat cuma RM78.00 termasuk makan tengahari dan minum petang.

Bergambar dengan pengendali kursus Ustaz Rahman Sufi.

11 July, 2009

Imani Teguh Trading -Ustaz Bakri

Hari ini anak lelaki abangAji nak baiki basikal. Tayar pancit dan baiki di kedai basikal kepunyaan Ustaz Bakri di Balok Perdana, Harga satu tiub cuma RM6.00 dan servis percuma. Sekarang ni boleh dikatakan bisnes ustaz ini bagus juga. Dulu cuma satu kedai aja tapi sekarang ni dah ada dua. Bisnes bagus tahniah untuk Ustaz semoga sukses.

Yang bestnya di kedai Ustaz Bakri ini juga ada menjual pasu hiasan. Katanya jika ada yang ingin jadi pengedar atau ejen jualan boleh hubungi dia.

Inilah antara pasu hiasan yang terdapat di kedai basikal Ustaz Bakri ini.

Anak lelaki AbangAji Ikhwan & M. Izzat sempat berposing dengan deretan basikal yang terdapat di kedai ini.

p/s - Imani Teguh Trading selalu sponsor hadiah beberapa buah basikal untuk cabutan bertuah dalam sesuatu majlis, kedai basikal ini juga selalu menyumbang basikal kepada pelajar pelajar yang kurang mampu setiap tahun.

06 July, 2009

Kalau Nak Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.


Benarkah pepatah ini? Kalau nak melenturbuluhnya biar dari rebungnya. Hehe kalau lentur dari rebungnya tak boleh sebab belum sempat lentur dah jadi sayur.

Rezeki AbangAji , jiran sebelah rumah emak (Akak Banun) memberi sebatang rebung untuk dibuat sayur. Rebung ni kalau buat Masak Lemak sedap ni.

ps - Akak Banun, terima kasih banyak.

Balik Kampung Lagi

Hehe Kali ni AbangAji balik kampung lagi. Kami sekeluarga balik kampung AbangaAji di Jengka 16, aktiviti dikampung ni tak banyak tetapi sekarang ni musim buah-buahan. Biasalaa buah paling popular biasanya durian dan rambutan kerana dua jenis buah ini senang didapati.

Disebabkan kami tak punya dusun durian, AbangAji sempat membeli durian daripada jiran. Banyak juga harga pun murah cuma rm20 untuk 14biji.






Inilah pohon rambutan disebelah rumah emak AbangAji, kali ini buahnya begitu lebat.







Aktiviti memetik buah salak.

05 July, 2009

"Lor sar u 3" Atau Lorong Pasar Baru 3



Bandar Kuantan Bandar Selamat begitulah dipapan tanda bahagian atas sekali dengan terpampang gambar CCTV yang akan merakam kan jika ada perbuatan jenayah atau vandalisme. Walaupun demikian papan tanda nama jalan telah dirosakkan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. Nama sebenar jalan ini Lorong Pasar Baru 3 tetapi yang tinggal "Lor sar u 3" . Inikah imej Bandar Kuantan?
Fikir-fikirkanlah......