24 June, 2009

Sendiri Mau Ingatlaa


HaHa bagus juga idea tuan tanah ini, keberkesanannya memang memuaskan. Tiada sampah yang dibuang dikawasan tanahnya.

19 June, 2009

Kedatangan Rejab - 24th of June 2009

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini………. BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia
mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."
p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

1. MASA HIDUP SBLM MATI
2. MASA LAPANG SBLM MASA SIBUK
3. MASA MUDA SBLM MASA TUA
4. MASA KAYA SBLM SUSAH
5. MASA SIHAT SBLM SAKIT

12 June, 2009

5/06/09 -Perjalanan Pulang Ke Pahang










Dalam perjalanan pulang sempat bergambar di pinggir ladang tebu. Inilah pemandangan ladang tebu Felda Chuping Perlis. Sungguh indah seluas mata memandang besarnya.


















Kawasan ladan tebu terbesar di Malaysia dan kawasan yang terpanas pernah dicatatkan iaitu dengan suhu 41 darjah celcius.

Taman Ular


Selepas tidak mendapat layanan di ladang anggur, kami pergi melawat Taman Ular.








Ladang Anggur -Daya Tarikan Pelancong Di Perlis - Kononnya

Pada 4/6/09 lebih kurang 8.30 pagi kami pergi ke Sungai Batu Pahat iaitu kawasan tanaman anggur Negeri Perlis. Dalam Perjalanan dari Padang Besar Abgaji sekeluarga begitu gembira sekali. Ada yang bercadang untuk bergambar dekat buah-buah anggur yang segar, kerana kami sekeluarga tidak pernah melihat tanaman anggur. Lebih kurang 9.15pagi kami sampai ke ladang anggur yang begitu dibanggakan oleh kerajaan Perlis. Apabila sampai kami sekeluarga hampa kerana ladang ini bukan untuk lawatan. Abangaji begitu tersinggung dengan jawapan lagak pegawai Jabatan Pertanian Negeri Perlis yang bertugas yang sombong hatta salam pun tak dijawap.
Abangaji meminta kebenaran untuk masuk melawat, denga kasarnya menjawap "tak boleh". Kemudian abangAji bertanya dimana tempat yang menjual hasil ladang itu sekali lagi pegawai itu menjawab dengan acuh tak acuh "buah sudah habis dituai dan kami tak jual buanggur disini".

Sebahagian pegawai Jabatan Pertanian dan pekerja ladang sedang bersantai.






Sebahagian pegawai Jabatan pertanian sedang makan buah anggur.




Kenderaan Jabatan Pertanian yang membawa pegawainya untuk test buah anggur.

Buah anggur yang ranum dan lebat bergantungan.




Ladang anggur konon untuk tarikan perlancongan di Negeri Perlis dapat AbangAji katakan hanya "INDAH KHABAR DARI RUPA"

Jom Shopping Lagi 3/6/09

Hari hari ke 3 di kampung Oleh kerana masih tak puas lagi pada hari pertama shopping sekali lagi isteri abgaji suruh hantar ke pekan Padang Besar.












Berbagai jenis kerongsang sambung shopping. Beli Jgn Tak Beli.












Gerai Kak Jamilah yang menjual makanan ringan dan berbagai jenis kacang. Setiap kali pergi Padang Besar mesti singgah di gerai Kak Jamilah ni sebab harga berpatutan kalau nak di bandingkan dengan gerai lain.
Kali ini balik kampung ramai kawan kawan kirim beli kacang gajus dan kacang pistachio(ada orang kata kacang cerdik).

Shopping Sakan Di Padang Besar 2/06/09

Aktiviti pada hari ke 3, kami pergi jalan jalan di Padang Besar. Kami pergi ke bazar membeli belah.
Bagi Abgaji takde yang istemewa sebab dah biasa pergi kesitu. Anak anak seronok sebab dapat barang mainan.
Yang paling seronok isteri abgAji dan kakak ipar. Diorang shopping sakan kata orang Perlis.




Inilah daya tarikan untuk kaum Hawa di Padang Besar

Aktiviti Hari Kedua di Kampung

Petang hari Kedua 1/06/09 di kampung anak lelaki abgaji ajak memancing ikan di anak sungai belakang rumah tok wan mereka. Seronok sungguh diorang. Mungkin "1st. time" memancing ikan. Dengan 2 batang pancing daripada batang buluh kami bertiga beranak pun pergi ke anak sungai. Pada hari tu kami guna umpan cacing yang di gali sekitar tepi sungai tu.
Yang paling bestnya, sebaik anak abangaji mencampakkan mata pancing terus diragut oleh ikan.
Hasil pancing yang pertama. pada hari pertama pegang batang pancing. Hehe boleh dikatan hari ini dalam sejarah.







Inilah hasil kami memancing selama lebih kurang 1 jam pada hari tu. (Goreng pun sodap)

10 June, 2009

Kepak Kepak Keboom Keboom Keboom

Suasana di dapur kenduri. pada 31/05/09








Sambal belacan dan ulam-ulaman


Istimewa di Perlis umbut batang pisang di gulaikan bersama tulang lembu.


Kepak Kepak Keboom Keboom Keboom, Majlis perkahwinan anak saudara isteri AbgAji.
Kepada Kak Long (Nooreen Ashila) dan suami semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

09 June, 2009

Balik Kampung ooo Balik Kampung 30/05/09

Cuti sekolah bermula anak anak seronok nak balik kampung ke rumah Tok and Wan di Kg. Sena Dalam, Pdg Besar Perlis. Pada 30/5/09 kami bergerak dari Kuantan pada pukul 7.00 pagi. Perjalanan sejauh 800km dari Pahang ke Perlis. Sepanjang Perjalanan anak bukan main seronok lagi maklumlah dah hampir setahun tak balik ke Perlis.
Lebih kurang pukul 10.00pg kami sampai ke RnR Genting Sempah dan makan sarapan pagi. Beli McD "drive thru"



Singgah rehat di RnR Bukit Gantang





Kali ini kami ambil masa lebih kurang 14 jam untuk sampai. Perjalanan kali ini juga santai sikit singgah banyak tempat. Lebih kurang pukul 5.00 ptg kami singgah di Sungai Petani ke rumah baru Amir (adik ipar AbgAji).


Berhenti rehat di RnR Gurun pukul 6.00ptg , makan untuk alas perut. Lebih kurang 2 - 3 jam utuk sampai ke destinasi.