09 April, 2009

PERIBADI SHEIKH SIYAM (IMAM AL AQSA) TAULADAN UNTUK PEJUANG ISLAM

Meninjau ke blog arruhuljadid86.blogspot.com yang memetik ucapan Sheikh Mahmud Siyam di Rusila, Terengganu kelmarin, teringat penulis pengalaman menjadi pemandu sementara beliau.Tak silap saya 2 tahun lepas, ketika kali pertama MuslimCare Malaysia menjemput Sheikh ke Malaysia, beberapa kali saya ditugaskan ustaz Ridhuan Mad Nor untuk membawa Sheikh ke tempat ceramah. Antaranya ke Produa Rawang, ke Masjid ar Rahman UM, ke Restoran Nasi Arab Bukit Bintang dan ke Jengka Pahang.

Sheikh Mahmud Siyam sangat menjaga masa. Beliau akan ke tempat ceramahnya seawal mungkin supaya penganjur tidak tertunggu-tunggu kehadiran beliau. Ketika membawa beliau ke beberapa masjid di Shah Alam, beliau pernah menegur 'driver' yang lambat mengambilnya. Katanya, jika dia tiba lewat di tempat ceramah, orang tak kata driver Sheikh Siyam yang lambat, orang akan kata Sheikh Siyam lambat sampai. Ini pengajaran untuk teman-teman yang menjadi driver penceramah di malaysia dan juga penceramah sendiri yang kurang prihatin dalam bab ini.Jemaah yang tidak punya maklumat akan berkata, ustaz ajar kita solat awal waktu, tapi dia tiap kali kuliah masbuk selalu. So, ini imej yang perlu dijaga selari dengan kehendak Islam.


Keduanya ketika ke Jengka. Kami pergi ke Produa Rawang dahulu lepas solat asar, kemudian baru bertolak ke Jengka untuk kejar ceramah selepas solat isyak. Jaraknya jauh juga. Jadi kami memecut laju sehingga tidak perasan minyak kereta sudah merah. Apabila sampai ke hentian Temerloh masih lagi tidak isi minyak kerana menyangka baki minyak cukup untuk sampai ke Jengka. namun apabila sampai ke Jengka 17, lampu merah timbul kerap menandakan minyak hampir habis. Ketika itulah baru kalut cari minyak di simpang Jengka 17. Nak cepat punya pasal, akhirnya lambat juga. Lalu Shekh berkata pada saya, "manusiapun nak bergerak kena cukup air." Sepatah sahaja kata-katanya sudah cukup membuatkan saya tersentak. Tambahan pula Sheikh Siyam ini orang sastera. Dalam perlinya itu. Tapi pengajaran untuk saya dan kawan-kawan supaya bersiap awal dengan petrol yang banyak jika hendak membawa penceramah atau pergi ceramah.Seterusnya keesokan paginya sekitar jam 8 beliau akan bertolak ke Gurun kedah untuk berceramah di Modenas atau Perwaja saya sudah lupa. jadi selepas ceramah di jengka, kami perlu menghantar beliau ke Hotel Pan Pacific KLIA supaya beliau tidak terlepas penerbangan jika tidur di KL.Saya memecut laju dari Jengka dan sampai di KLIA sekitar jam 2.30 pagi. Apabila sampai di KLIA saya memusing-musing mencari jalan masuk ke Hotel. Sheikh tersedar daripada tidurnya, lalu bertanya, ke mana saya ingin membawanya? Saya menjawab, ke hotel. Dia menyatakan enggan pergi ke hotel. Cukup tidur dalam kereta untuk menunggu jam 8. Saya memujuk beliau supaya tidur juga di hotel memandangkan keselamatan, keselesaan dan kesihatannya yang sudahpun berusia 80 tahun.

Beliau memarahi saya dengan mengatakan jangan membazir. Hanya beberapa jam sahaja lagi hendak naik flight. Saya jadi serba salah. Seorang teman menghubungi Abang Azli Lujnah Antarabangsa Pemuda Pusat bagi memaklumkan hal tersebut. Beliau meminta kami memujuk sekali lagi Sheikh untuk ke hotel. namun seperti mana tadi juga, Sheikh memarahi kami dan menyatakan dia ingin tidur dalam kereta kerana tidak mahu membazir.Oleh kerana tidak mampu memujuk lagi, kami pun menemani beliau tidur dalam kereta Toyota Unser ustaz Riduan Mad Nor sehinggalah ke waktu subuh. Terfikir saya betapa zuhudnya pejuang Palestin ini. Beliau bukan tidak ada duit. Malah jika ke hotel pun kami yang akan bayarkan. Namun beliau memilih untuk tidur di dalam kereta di pagi yang dingin.Pengalaman ini boleh dijadikan tauladan untuk kita golongan yang mengaku menjadi Da'i dan berjuang di jalan Allah
- arruhuljadid86.blogspot.com

No comments: