26 April, 2009

Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk!



1. Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.

2. Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3. Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

4. Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat.

5. Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri - dipetik dari http://www.mujahidsufi.blogspot.com/

23 April, 2009

Terbaru - Minyak Pelincir



PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya. "Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu.

Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya. Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya. Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya. Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya. Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya." Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka. "Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200. Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta

Penemuan terbaru di Negeri Sembilan. Minyak kelapa sawit boleh dijadikan sebagai minyak pelincir. Kalau ini betul mungkin terjadi lagi krisis minyak masak seperti tahun 2007 lepas.
AbgAji akan try bila dah jadi komersil nanti.

Only In Malaysia


19 April, 2009

'Lembu' Yang Wajib Dikorban Di Selangor

"Sayugia diingati rakyat tidak hendak menjadi lembu. Rakyat juga tidak hendak pemimpin lembu. Rakyat juga tidak selesa jika menteri besar dikelilingi oleh lembu-lembu. Rakyat tidak hendak agihan daging lembu setahun sekali di pagi hari Raya Haji.
Apa yang wajib diagihkan kepada rakyat ialah keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam sesebuah pentabiran. Rakyat hendak kerajaan yang berkiblatkan kebajikan bukan kepada lembu.
Jika ada susuk-susuk yang sedang berkeliaran menjadi lembu atau membawa taukeh-taukeh kontrak lembu, maka mereka ini wajib dikorbankan.
Inilah jenis lembu-lembu - jika dikorbankan - rakyat pasti akan bertepuk tangan gembira. Korbankan mereka sekarang sebelum rakyat melembukan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. " - Hishamuddin Rais(Malaysiakini)

Penanti: BN Mungkin Tak Bertanding

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.

Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis `Sambutan Meraikan Perdana Menteri' peringkat Parlimen Pekan hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas, lapor Bernama.

Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu. - petikan Malaysiakini

AbgAji - Seingat-ingat AbgAji Fenomena ini tak pernah terjadi dalam mana-mana PRK kalau adapun cuma parti lawan(Pakatan Rakyat) sahaja yang mungkin tak bertanding. Adakah BN merasakan tiada peluang untuk menang?

18 April, 2009

JIKA IKEA AMBIL ALIH PERODUA

Cuma terlintas dalam fikiran AbgAji jika IKEA mengambilalih Perodua hehehe beginilah akan terjadi..... parah jugak yer.


15 April, 2009

ADUN CAP AYAM

Idris tidak dalangi boikot DUN.
"Kalau tidak ada Idris, kami pun boleh buat juga, seolah-olah kami tiada kewibawaan," kata ADUN Alor Limbat itu, menangkis tanggapan bekas menteri besar itu dalang di sebalik tindakan menggemparkan itu.

"Adakah anda ingat kami wakil rakyat cap ayam, macam menteri besar (sekarang)?" - Alias Abdullah Adun Alor Limbat(Malaysiakini)

Wad 222 KSH 13/04/09

Beginilah sebagai manusia kita tak lepas daripada ujian Allah SWT. Dua hari lepas Abg Aji masuk wad sebab kepala pening dan dunia dirasakan berputar ligat. Abg Aji ingatkan tekanan darah naik. Sampai di wada kecemasan dr. check tekanan darah tetapi normal cuma tinggi sedikit. Dr. nasihatkan Abg Aji tinggal di wad dan berehat. Berdasarkan pemeriksaan lanjut oleh dr. mendapati sistem imbangan di telinga AbgAji tak stabil ini menyebabkan pening dan rasa berpusing. Kuasa Allah SWT cuma sedikit sahaja Dia memberi dugaan menjadikan kita hilang segala upaya hatta untuk berdiri dan bercakap. 
Alhamdullilah AbgAji dah keluar wad petang 14/04/09. AbgAji mengucapkan terimakasih kepada isteri tersayang(gambar) serta anak anak yang memberi sokongan untuk sembuh dan jiran jiran yang membantu terutama kepada adik AbgAji Abak & Zita, Abg De(anak saudara)Abg long(apak) dan akak Jilah,  Azam sekeluarga, Zul sekeluarga, Cikgu Arshad dan sahabat-sahabat semua yang datang melawat.

BIOGRAFY TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ

10 April, 2009

Kemalangan Di Persimpangan Balok Perdana 9/04/09



Kemalangan ini melibatkan adik Ipar Abg Aji. Menurut beliau Kemalangan berlaku ketika berhenti untuk membelok ke kanan sebuah motorsikal tiba tiba merempuh bahagian depan keretanya. Alhamdullilah beliau tidak mengalami mengalami kecederaan tetapi penunggang motorsikal itu cedera parah. Penunggang mengalami patah kaki dan pembonceng mengalami luka dikaki kanan. Menurut saksi penunggang motorsikal memecut laju untuk "test power". Penunggang juga tidak mempunyai lesen memandu dan tidak memakai topi keledar. Mereka berdua bernasib baik kerana cedera dikaki jika terkena dikepala mungkin lebih parah.
Inilah masalah kami di Balok Perdana Fasa II ini. Setiap petang ramai anak anak belasan tahun merempit di sekitar taman ini. Kami telah lapor kepada pihak polis, tetapi perkara ini sering berulang.Apabila pihak polis memantau hanya aktiviti merempit ini tiada untuk 2 - 3 hari. Selepas itu ia berulang lagi begitulah seterusnya.
Pada pendapat Abang Aji untuk mengatasi masalah ini perlu ada kesedaran dari ibubapa. Mereka perlu pantau aktiviti anak-anak mereka.

09 April, 2009

PERIBADI SHEIKH SIYAM (IMAM AL AQSA) TAULADAN UNTUK PEJUANG ISLAM

Meninjau ke blog arruhuljadid86.blogspot.com yang memetik ucapan Sheikh Mahmud Siyam di Rusila, Terengganu kelmarin, teringat penulis pengalaman menjadi pemandu sementara beliau.Tak silap saya 2 tahun lepas, ketika kali pertama MuslimCare Malaysia menjemput Sheikh ke Malaysia, beberapa kali saya ditugaskan ustaz Ridhuan Mad Nor untuk membawa Sheikh ke tempat ceramah. Antaranya ke Produa Rawang, ke Masjid ar Rahman UM, ke Restoran Nasi Arab Bukit Bintang dan ke Jengka Pahang.

Sheikh Mahmud Siyam sangat menjaga masa. Beliau akan ke tempat ceramahnya seawal mungkin supaya penganjur tidak tertunggu-tunggu kehadiran beliau. Ketika membawa beliau ke beberapa masjid di Shah Alam, beliau pernah menegur 'driver' yang lambat mengambilnya. Katanya, jika dia tiba lewat di tempat ceramah, orang tak kata driver Sheikh Siyam yang lambat, orang akan kata Sheikh Siyam lambat sampai. Ini pengajaran untuk teman-teman yang menjadi driver penceramah di malaysia dan juga penceramah sendiri yang kurang prihatin dalam bab ini.Jemaah yang tidak punya maklumat akan berkata, ustaz ajar kita solat awal waktu, tapi dia tiap kali kuliah masbuk selalu. So, ini imej yang perlu dijaga selari dengan kehendak Islam.


Keduanya ketika ke Jengka. Kami pergi ke Produa Rawang dahulu lepas solat asar, kemudian baru bertolak ke Jengka untuk kejar ceramah selepas solat isyak. Jaraknya jauh juga. Jadi kami memecut laju sehingga tidak perasan minyak kereta sudah merah. Apabila sampai ke hentian Temerloh masih lagi tidak isi minyak kerana menyangka baki minyak cukup untuk sampai ke Jengka. namun apabila sampai ke Jengka 17, lampu merah timbul kerap menandakan minyak hampir habis. Ketika itulah baru kalut cari minyak di simpang Jengka 17. Nak cepat punya pasal, akhirnya lambat juga. Lalu Shekh berkata pada saya, "manusiapun nak bergerak kena cukup air." Sepatah sahaja kata-katanya sudah cukup membuatkan saya tersentak. Tambahan pula Sheikh Siyam ini orang sastera. Dalam perlinya itu. Tapi pengajaran untuk saya dan kawan-kawan supaya bersiap awal dengan petrol yang banyak jika hendak membawa penceramah atau pergi ceramah.Seterusnya keesokan paginya sekitar jam 8 beliau akan bertolak ke Gurun kedah untuk berceramah di Modenas atau Perwaja saya sudah lupa. jadi selepas ceramah di jengka, kami perlu menghantar beliau ke Hotel Pan Pacific KLIA supaya beliau tidak terlepas penerbangan jika tidur di KL.Saya memecut laju dari Jengka dan sampai di KLIA sekitar jam 2.30 pagi. Apabila sampai di KLIA saya memusing-musing mencari jalan masuk ke Hotel. Sheikh tersedar daripada tidurnya, lalu bertanya, ke mana saya ingin membawanya? Saya menjawab, ke hotel. Dia menyatakan enggan pergi ke hotel. Cukup tidur dalam kereta untuk menunggu jam 8. Saya memujuk beliau supaya tidur juga di hotel memandangkan keselamatan, keselesaan dan kesihatannya yang sudahpun berusia 80 tahun.

Beliau memarahi saya dengan mengatakan jangan membazir. Hanya beberapa jam sahaja lagi hendak naik flight. Saya jadi serba salah. Seorang teman menghubungi Abang Azli Lujnah Antarabangsa Pemuda Pusat bagi memaklumkan hal tersebut. Beliau meminta kami memujuk sekali lagi Sheikh untuk ke hotel. namun seperti mana tadi juga, Sheikh memarahi kami dan menyatakan dia ingin tidur dalam kereta kerana tidak mahu membazir.Oleh kerana tidak mampu memujuk lagi, kami pun menemani beliau tidur dalam kereta Toyota Unser ustaz Riduan Mad Nor sehinggalah ke waktu subuh. Terfikir saya betapa zuhudnya pejuang Palestin ini. Beliau bukan tidak ada duit. Malah jika ke hotel pun kami yang akan bayarkan. Namun beliau memilih untuk tidur di dalam kereta di pagi yang dingin.Pengalaman ini boleh dijadikan tauladan untuk kita golongan yang mengaku menjadi Da'i dan berjuang di jalan Allah
- arruhuljadid86.blogspot.com

07 April, 2009

Cosmic Hand Reaches for the Light

An image captures a strange space scene that looks like a hand reaching towards red light.

Inilah kebesaran Allah SWT

06 April, 2009

Bapa Apa?

Tunku Abdul Rahman -- Bapa kemerdekaan
Tun Abdul Razak -- Bapa pembangunan
Tun Hussein Onn -- Bapa perpaduan
Tun Dr. Mahathir -- Bapa permodenan
Tun Abdullah Ahmad Badawi -- Bapa apa?????

05 April, 2009

Di sebalik Barrack Obama

Di sebalik Barrack Obama


Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". 

Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi? 

Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel ?
1. Obama memakai Yarmulke, lebai org Yahudi. 
2. hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew.
3. Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew.
perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama Yahudi sahaja. 

Obama dinasihati oleh Rahm Emanuel ketika kempen Presiden - geantown.blogspot.com


03 April, 2009

MASALAH EKONOMI GLOBAL MASIH MELANDA

Bagi kami warga kerja WR Grace Kuantan, masih lagi dikekang oleh masalah ekonomi ni. Walaupun nampak peningkatan dari segi penjualan dan pengeluaran tapi masih tak lepas dari masalah ini.
Perancangan terbaru adalah "temporary plant shutdown" dalam bulan April 09. semua pekerja diarahkan supaya bercuti selama lima hari tanpa gaji bagi yang tiada cuti dan cuti tahun untuk yang masih ada cuti. Jumlah cuti tahun berdasarkan prorata untuk setahun.
Nasib baiklaaa aku masih banyak lagi cuti tahun, kalau tidak parah juga kena potong gaji untuk lima hari. Kepada kengkawan yang kena ambil cuti tanpa gaji diharap bersabar. Anggaplah ini satu ujian dari Allah. Tapi Alhamdulillah bulan March lepas masih dapat bonus 1/2 bulan gaji dapatlah menampung untuk bulan yang akan datang.