29 March, 2009

Brand New Bread dough Mixer

Hehehe ari ni dah mula semula buat pizza. Dah lebih kurang 6 bulan berhenti. Agaknya masih skill masih ada tu. Tapi sekarang ni tak perlu berpeluh utk uli tepung sebab semalam baru beli Bread mixer. Lepas ni mungkin bisnes Pizza kitorang berjalan semula. InsyaAllah. Sapa-sapa nak order tu contact lerrr no. kat sebelah tu. Chowwww

Madah Berbisa - Sasterawan Negara

"..Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris.."

Dato'A.Samad SaidSasterawan Negara

25 March, 2009

SAJAK "LIHATLAH MEREKA"

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

Kita ini makhluk
Sama sahaja dengan segala makhluk yang lain
Haiwan ternak maupun yang liar di hutan
Bezanya, kita diberikan akal
Sedang para haiwan itu hanya ada nafsu

Namun
Manusia hari ini ramai berpandukan nafsu
Nafsu untuk berkuasa
Nafsu untuk berharta
Nafsu untuk segala

Maka jadilah mereka seperti haiwan liar
Yang berpandukan nafsu semata
Dalam pada itu
Ada manusia menjaja diri”Pilihlah saya, jangan pilih dia”
Tak cukup kempen, wang diberi
Tak cukup wang, ugutan diberi
Tak cukup ugutan, ada yang dibawa lari

Inilah kerjanya
Membutakan rakyat yang telah jaga
Menulikan rakyat yang sentiasa peka.
Membodohkan rakyat yang telah bijaksana
Dengan gula-gula politik murahan mereka
Umpan projek sempena pilihanraya
Lihatlah mereka
Berhimpun demi menegakkan kepalsuan
Biar dunia menyatakan mereka sesat
Mereka kekal dalam taat
Mereka menjulang suara keramat”
Hidup Melayu dengan keris berkarat’
Walau anak bangsa menjadi bangsat
Dalam penagihan dadah dan berakhlak bejat
Peduli apa asal tertunai hajat
Kini mereka
Sedang asyik mengira laba
Sedang tekun menyusun strategi
Sedang ghairah ’membeli hati’
Sedang leka mengumpul undi
Sedang ghaplah menanti hari

Esok aku jadi Presiden
Lusa aku jadi Perdana Menteri
Tulat aku akan rombak kabinet menteri
Tunggeng aku akan tukar MB dan Ketua Menteri
Langgang aku rampas lagi negeri

ItulahBila mata hati sudah buta
Maka dia tidak fikir dosa dan pahala
Maka dia tidak hirau syurga dan neraka
Maka dia tidak ingat siksa kubur atau apa-apa

Kerana
Dia hanya ingat satu perkara
Presiden dan Menteri Perdana
Wang banyak dan singgahsana
Perempuan lawa dan harta benda

Lalu
Tenggelamlah dia dan mereka dalam syurga
Sedang di dasarnya adalah NERAKA!

Huzaifah Ahmad Yamani
Kuale,23 Mac 2009 / 10.48 pm

23 March, 2009

Jangan Ketawa Bila Belajar Bahasa Inggeris

video

Lima Perkara Yang Kita Semua Mahu

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1: Wajah yang cantik
2: Duit yang banyak
3: Kesihatan yang baik
4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan
senang untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

Sabda Rasulullah saw

"siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak"

22 March, 2009

OUM - Modul Bahasa Melayu

Khusus kepada Pelajar Open University Malaysia (OUM) yang ingin modul dalam Bahasa Melayu jangan lepaskan peluang ini. Untuk info lanjut sila klik kesini untu info lanjut.
Kami akan membantu anda untuk mendapatkannya.

ANH 1303 PENGAJIAN MALAYSIA
BBDH4103 HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT
BBHI4103 INDUSTRIAL RELATION
BBSH4103 HAZARD MANAGEMENT
BBPP1103 PRICIPLES OF MANAGEMENT
BBMM1103 MARKETING MANAGEMENT 1
BBMP1104 MATEMATIK PENGURUSAN
BBPM1104 PRINSIP MIKROEKONOMI
BBSM1103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BBUP2103 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
SBST1103 INTRODUCTION TO STATISTICS
BBMM1203 MARKETING MANAGEMENT 2
BBPK1104 PERAKAUNAN KEWANGAN
BBPK2104 PRINSIP MAKROEKONOMI
BBAP2103 MANAGEMENT ACOUNTING
BBGO4103 ORNASITIONAL BEHAVIOR
BBTP3103 IT FOR MANAGEMENT
BBKN3103 BUSINESS COMMUNICATION
BBNG3103 INTERNATIONAL BUSINESS
BBSP4103 STRATEGIC MANAGEMENT
BBPW3103 FINANCIAL MANAGEMENT
BBPW3203 FINANCIAL MANAGEMENT 2
BBYN4103 BUSINESS RESEARCH METHOD
BBSB4103 CROSS CULTURAL MANAGEMENT
OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN & DISTANCE LEARNERS
OUMM2103 ENTREPRENEURSHIP

Pengalaman pertama menjadi Blogger

Kursus asas blogger dikendalikan oleh CMK pada 22/03/09, bertempat di Indera Mahkota Kuantan.