25 January, 2013

Kuasa Emas


Kuasa Emas:
Jika dilihat dari KUASA MEMBELI/KESAN INFLASI.
Katakan, pada tahun 2001, anda mempunyai RM30 000 dalam bentuk emas/dinar (hampir 1kg emas) dan RM30 000 dalam bentuk ringgit wang kertas fiat. Dengan nilai ringgit pada masa itu, anda boleh membeli sebuah kereta Proton Saga 1.5L.

Katakan disimpan hingga kini 2013, nilai emas anda telah mencecah RM176,000. Jika dinilaikan dengan harga Proton Saga BLM telah mencapai lima 5 buah gitu. Manakala nilai kereta Proton Saga tadi telah menjunam jatuh kepada RM7 000 sahaja.

Jadi di sini dapat disimpulkan bahawa emas memberi kuasa membeli yang tinggi, itulah jawapan kepada, "Adakah Emas Pelaburan yang Baik? Sangat mengagumkan bukan! - sumber - Fb TSMA Mukmin
 
 

24 January, 2013

Kuasa Emas Dunia

China kini mendahului India sebagai pengguna emas terbesar dunia dan telah menjadi kuasa belian dominan dalam pasaran emas pada tahun 2012 yang lepas.

Pegangan dollar yang semakin lemah dan denominasi dolar dalam instrumen hutang AS dimanfaatkan oleh China untuk emas, yang seterusnya meletakkan tekanan ke atas dolar AS. - fb TSMA Mukmin
Photo: China kini mendahului India sebagai pengguna emas terbesar dunia  dan telah menjadi kuasa belian dominan dalam pasaran emas pada tahun 2012 yang lepas.

Pegangan dollar yang semakin lemah dan denominasi dolar  dalam instrumen hutang AS dimanfaatkan oleh China untuk emas, yang seterusnya meletakkan tekanan ke atas dolar AS.

13 April, 2012

Sikap Pekerja. Kita Dimana?

1. Taichi Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.

2. Boxing Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.

3. Silat Pulut Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya , macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.

4. Samurai dan Cowboy Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.

5. Kungfu Bruce Lee Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.

6. Ninja Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.

7. Rambo Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.

8. Kungfu Jackie Chan Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious.

9. Street Fighter Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.

10. WWE Wrestling Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik tapi referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata. sumber email penulis takde info.

30 December, 2011

Petrosains Play Smart

Hujung minggu lepas anak2 ajak melawat ke Petrosains di bangunan Yayasan Pahang, di Tanjung Lumpur, Kuantan. Anak-anak begitu gembira sebab boleh mencuba berbagai ciptaan baru, hehe termasuklah AbgAji pun mencuba. Yang bestnya masuk percuma, jadi kos AbgAji dah jimat kat situ.